top of page


NATIONAL


Mayat lelaki dalam Vios di Tol Bandar Cassea Batu Kawan
Mayat lelaki ditemukan dalam sebuah kereta Vios di parkir Tol Bandar Cassea, Batu Kawan.Fo to, Bomba P.Pin ang Mayat lelaki dalam Vios di Tol Bandar Cassea Batu Kawan SEBERANG PERAI SELATAN – Seorang lelaki ditemui dalam keadaan tidak bernyawa di dalam sebuah kereta yang diparkir berhampiran kawasan rehat berdekatan Tol Bandar Cassia, di sini pada petang Khamis. Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pina
kumara885
24 Okt 20251 min membaca


MOT digesa bertindak atas pemandu persendirian Singapura gagal pasang RC-VEP
KUALA LUMPUR – Kementerian Pengangkutan (MOT) disaran mengambil tindakan terhadap pemandu kenderaan persendirian syarikat dari Singapura yang masih gagal mematuhi proses pemasangan dan pengaktifan Road Charge Vehicle Entry Permit (RC-VEP). Ahli Majlis Keselamatan Jalan Raya (MKJR), Tan Sri Lee Lam Thye berkata, langkah itu penting bagi memastikan semua kategori pemandu asing mematuhi undang-undang jalan raya Malaysia seperti mana pemandu tempatan. "Walaupun Jabatan Pengangkut
kumara885
24 Okt 20251 min membaca


Pemandu bakar lori, elak disita JPJ
Pemandu lori sanggup bakar lori milik elak disita JPJ dalam kejadian di Kuala Nerus, Terengganu semalam. KUALA TERENGGANU - Seorang pemilik lori sanggup bertindak membakar kenderaan berat miliknya sendiri selepas menyedari ia bakal disita oleh Jabatan Pengangkutan Jabalan (JPJ) negeri Terengganu. Kejadian itu dilaporkan berlaku sekitar jam 1.30 tengah hari di hadapan sebuah Sekolah Kebangsaan Padang Air, Kuala Nerus di sini semalam. Pengarah JPJ Terengganu Zamri Samion berkat
kumara885
24 Okt 20251 min membaca


Bas ekspres terbakar rempuh lori, sembilan cedera ringan
Bas terbakar selepas remouh belakang lori dalam insiden di daerah Batu Pahat di sini semalam. BATU PAHAT - Sebuah bas ekspres yang membawa sembilan penumpang dilaporkan telah terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori sebelum terbakar dalam kejadian yang berlaku di Kilometer 78.7, Lebuhraya Utara-Selatan (arah utara), tengah malam tadi. Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Shahrulanuar Mushaddat Abdullah Sani sambil mengesahkan nahas lebuh raya itu berkata, sia
kumara885
24 Okt 20251 min membaca


Anggota tentera, pelajar rentung Vios langgar pokok sawit
KOTA TINGGI: Polis berjaya mengenal pasti identiti dua mangsa yang rentung selepas kereta dinaiki mereka merempuh pokok kelapa sawit dan terbakar dalam kejadian ngeri di Kilometer (KM) 32, Jalan Tanjung Balau-Sedili di sini, awal pagi tadi. Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Yusof Othman, berkata mangsa lelaki dikenali sebagai Muhammad Daniel Saberi, 21, adalah seorang tentera namun kini tidak bekerja. Dalam kemalangan itu, Muhammad Daniel cedera parah dan terbakar
kumara885
24 Okt 20251 min membaca


BSN jalani selenggaraan sistem berjadual
SHAH ALAM - Bank Simpanan Nasional (BSN) akan menjalankan penyelenggaraan sistem berjadual bagi meningkatkan keselamatan dan prestasi perkhidmatan bermula 24 hingga 26 Oktober ini. BSN dalam kenyataannya memaklumkan bahawa beberapa perkhidmatan akan tergendala buat sementara waktu dalam tempoh berkenaan, bermula jam 10.45 malam hingga 6 pagi. “Perkhidmatan yang akan tergendala membabitkan transaksi kad debit dan kad kredit BSN melalui perbankan internet myBSN dan aplikasi myB
kumara885
24 Okt 20251 min membaca


Enam cedera membabitkan 4 kenderaan termasuk lori terbabas
KLANG – Polis telah mengesahkan bahawa enam individu cedera dalam kemalangan empat kenderaan termasuk sebuah lori muatan tanah yang terbabas di persimpangan lampu isyarat di Jalan Bukit Cerakah di sini, hari ini. Timbalan Ketua Polis Daerah Klang Utara, Pemangku Superintendan Mohd. Rahimi Zainol berkata, pihaknya bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan melibatkan dua lori dan kereta itu, kira-kira pukul 10 pagi. Katanya, siasatan awal mendapati kemalangan pukul
kumara885
24 Okt 20251 min membaca


81,880 saman dikeluarkan dalam tempoh 20 hari, jumlah ini amat membimbangkan - Polis
KUALA LUMPUR - Sebanyak 81,880 saman dikeluarkan kepada pengguna jalan raya di ibu kota dalam tempoh 20 hari pelaksanaan Op Patuh Undang-Undang (Op PUU) sejak 1 Oktober, sekali gus menunjukkan sikap sambil lewa terhadap terhadap pematuhan undang-undang trafik. Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus berkata, walaupun kempen advokasi dan pemantauan telah dijalankan selama sebulan sebelum tindakan saman, masih ramai pengguna jalan raya enggan mengubah sikap. "Jumlah ini am
kumara885
24 Okt 20252 min membaca


Henti sebar spekulasi kes bunuh dua beranak di Juru - polis
Henti sebar spekulasi kes bunuh dua beranak di Juru - polis GEORGETOWN - Polis menasihatkan orang ramai agar menghentikan spekulasi dan penyebaran maklumat tidak sahih berhubung kes pembunuhan dua beranak di Kampung Sekolah Juru, Sabtu lepas. Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Azizee Ismail berkata tindakan itu boleh menjejaskan siasatan yang masih dijalankan bagi mengenal pasti pelaku sebenar serta motif kejadian. “Saya menasihatkan orang ramai supaya henti buat sebarang spekula
kumara885
24 Okt 20251 min membaca


Anwar penipu tegar, kata Mahathir
Tun Mahathir Anwar penipu tegar, kata Mahathir Dr Mahathir Mohamad tidak berlembut dalam penyataan saksinya hari ini ketika perbicaraan saman fitnah RM150 juta, apabila dia mendakwa Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai penipu “pathological liar” (penipu tegar) yang sudah “menyebarkan pembohongan sejak 1998”. “Anwar adalah seorang pathological liar. Anwar ada kemampuan menakjubkan untuk menipu. Anwar akan tipu demi jawatan dan kuasa,” kata Mahathir. Dalam penyataan
kumara885
24 Okt 20252 min membaca


PTPTN Meterai MoU dengan My Digital ID
PTPTN Meterai MoU dengan My Digital ID KUALA LUMPUR - Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) dengan My Digital ID Sdn Bhd bagi mengintegrasikan identiti digital MyDigital ID ke dalam aplikasi myPTPTN. Pengerusi PTPTN, Datuk Seri Norliza Abdul Rahim berkata langkah itu dapat memperkukuh kecekapan serta meningkatkan pengalaman pengguna dalam mengakses perkhidmatan secara dalam talian. "Transformasi ini memberi manfaat besar
kumara885
24 Okt 20251 min membaca


Empat suspek termasuk tiga pelajar kes rogol didakwa di mahkamah pada Selasa
BALING – Tiga pelajar dan seorang bekas pelajar yang ditahan sebelum ini selepas disyaki terlibat dalam penularan rakaman video serta perbuatan merogol membabitkan seorang pelajar perempuan berusia 15 tahun akan didakwa di Mahkamah Baling pada Selasa. Pemangku Ketua Polis Daerah Baling, Deputi Superintenden Ahmad Salimi Md Ali berkata, pihaknya sudah menerima arahan pendakwaan daripada Timbalan Pendakwa Raya terhadap kesemua suspek yang berusia antara 15 hingga 17 tahun itu.
kumara885
21 Okt 20251 min membaca


Remaja perempuan cedera ditikam semasa menunggang motosikal
MELAKA – Seorang remaja perempuan tercedera selepas disyaki ditikam oleh individu tidak dikenali ketika menunggang motosikal di Solok Tangga Batu, Tanjung Kling di sini pada petang Isnin. Dalam kejadian kira-kira jam 5.30 petang itu, mangsa yang berpakaian hitam menunggang motosikal seorang diri sebelum didatangi suspek yang menaiki sebuah motosikal lain. Mangsa secara tiba-tiba ditikam dari arah belakang oleh suspek menyebabkan dia mengalami kecederaan parah sebelum diselama
kumara885
21 Okt 20251 min membaca


Kes bunuh dua beranak: Lelaki Bangladesh antara dua lelaki direman tujuh hari
BUKIT MERTAJAM – Dua lelaki termasuk seorang warga Bangladesh direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan kes pembunuhan seorang wanita dan anak angkatnya di Kampung Sekolah, Juru dalam kejadian yang berlaku pada Sabtu lalu. Perintah reman terhadap kedua-dua suspek dikeluarkan oleh Mahkamah Majistret Bukit Mertajam pada Isnin bagi membolehkan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. Tempoh reman bermula pada Isnin dan akan berakhir pada 26 Oktober ini. S
kumara885
21 Okt 20251 min membaca


Kerajaan perlu laksana tiga perkara kurangkan beban pemandu P-Hailing
Tun Faisal SHAH ALAM - Kerajaan disaran melaksanakan tiga perkara bagi mengurangkan beban pemandu e-hailing termasuk menaikkan had subsidi sekurang-kurangnya 1,000 liter sebulan bagi yang bekerja sepenuh masa. Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Tun Faisal Ismail Aziz berkata, ia kerana golongan berkenaan berperanan penting dalam mengurangkan kesan kecacatan sistem pengangkutan awam dan memudahkan pengangkutan rakyat di negara ini. “Kedua, menetap
kumara885
21 Okt 20251 min membaca


22 cedera dalam pertunjukan bunga api Deepavali
Seorang cedera serius manakala 21 orang lagi cedera ringan dalam insiden letupan mercun di Paya Besar, Kulim Kedah pada hari Deepavali pertama. KULIM - Seramai 22 orang awam cedera manakala salah seorang daripadanya mengalami kecederaan serius di dahi selepas terkena letupan mercun dalam kejadian di Paya Besar di sini pada Isnin. Ketua Polis Daerah Kulim Superintenden Zulkifli Azizan berkata, kejadian berlaku sekitar am 12.45 tengah malam ketika orang ramai berkumpul di kawas
kumara885
21 Okt 20251 min membaca


KDN beri jaminan selesaikan isu teknikal MyKad - Saifuddin
SHAH ALAM, 20 Oktober- Kementerian Dalam Negeri (KDN) memberi jaminan tidak akan membiarkan mana-mana penerima bantuan subsidi kerajaan yang layak teraniaya akibat isu teknikal atau penyalahgunaan identiti oleh pihak tidak bertanggungjawab. Menterinya Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, KDN mengambil maklum mengenai aduan berhubung penyalahgunaan MyKad oleh pihak tidak bertanggungjawab untuk menebus bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA). “Saya memberi jaminan bahawa
kumara885
21 Okt 20251 min membaca


Deepavali: Anwar ajak rakyat bersama menuju kemajuan
KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Ahad mengucapkan selamat menyambut Hari Deepavali kepada seluruh penganut Hindu di negara ini. Anwar berharap agar Deepavali tahun ini menjadi simbol rakyat Malaysia untuk bersama menuju kemajuan, pencerahan, keadilan dan meninggalkan kegelapan serta kezaliman. "Mudah-mudahan Deepavali dapat memberikan pencerahan dan kebahagiaan kepada keluarga masyarakat Malaysia," kata beliau menerusi video ucapannya sempena Hari
kumara885
21 Okt 20251 min membaca


Dua beranak maut akibat parah ditetak pisau pemotong daging
BUKIT MERTAJAM - Dua beranak yang dibunuh dalam kejadian tragis di Kampung Sekolah, Juru di sini pada Sabtu disahkan meninggal dunia akibat luka parah pada bahagian leher dipercayai akibat senjata tajam. Pakar Patologi Forensik Hospital Pulau Pinang, Datuk Dr Zahari Noor berkata, hasil bedah siasat mendapati kedua-dua mangsa mengalami kecederaan serius pada bahagian belakang leher yang dipercayai menjadi punca utama kematian mereka. "Saya percaya kedua-dua mangsa meninggal du
kumara885
21 Okt 20251 min membaca


Ahmad Zahid seru rakyat terus perkukuh perpaduan sempena Deepavali
Ahmad Zahid Hamidi mengucapkan Selamat Menyambut Deepavali kepada Penganut Hindu hari ini. Ahmad Zahid seru rakyat terus perkukuh perpaduan sempena Deepavali KUALA LUMPUR, 20 Oktober - Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyeru seluruh rakyat Malaysia supaya terus mengukuhkan perpaduan, memelihara semangat toleransi, hormat-menghormati dan kasih sayang yang menjadi asas kekuatan negara berbilang kaum dan budaya sempena sambutan Deepavali tahun ini. Men
kumara885
21 Okt 20251 min membaca
bottom of page