top of page


All Posts


Pemandu maut dalam nahas tiga lori dekat Lebuhraya Juru
Anggota bomba mengeluarkan mangsa tersepit menggunakan peralatan khas dalam kejadian berhampiran Juru. kredit:JBPM SEBERANG PERAI - Seorang pemandu lori dilaporkan maut selepas lori jenis bound yang dipandunya terlibat dalam kemalangan jalan raya dengan dua buah kontena di Kilometer 146, Lebuhraya Utara Selatan (PLUS), menghala ke utara dekat Juru, pagi Sabtu. Mangsa yang dikenal pasti berusia 35 tahun disahkan meninggal dunia di lokasi nahas akibat tersepit di tempat duduk p
Editorial
29 Nov 20251 min membaca


17 penjawat awam antara 201 lelaki ditahan di 'Sauna Gay' disyaki aktiviti tidak bermoral
FOTO KREDIT BERNAMA 17 penjawat awam antara 201 lelaki ditahan di 'Sauna Gay' disyaki aktiviti tidak bermoral KUALA LUMPUR - Sebuah pusat gimnasium dan sauna yang disyaki menjadi sarang untuk lelaki gay melampiaskan nafsu songsang sejenis berjaya dibongkar pihak berkuasa di ibu negara. Hasilnya, seramai 17 penjawat awam, remaja dan warga emas antara 201 pengunjung lelaki ditahan dalam serbuan tergempar ke atas premis tersebut di Chow Kit malam tadi. Timbalan Ketua Polis Kuala
S.KUMARA
29 Nov 20252 min membaca


Sabah Mengundi: Presiden PBRS calon terawal selesai mengundi
KOTA KINABALU - Presiden Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) Datuk Seri Arthur Joseph Kurup menjadi antara calon Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17 yang terawal hadir menunaikan tanggungjawab demokrasi sebagai pengundi pada hari ini. Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan itu yang juga calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sook telah selesai mengundi di Sekolah Pekan Ansip, Sook sebaik sahaja pusat mengundi itu dibuka tepat jam 7.3
BERNAMA
29 Nov 20251 min membaca


Lelaki diserang beruang dalam tandas awam di Tokyo
MAEBASHI (Jepun) - Seorang lelaki melalui nasib agak malang dan menyedihkan ketika hendak membuang air apabila diserang seekor beruang di dalam tandas awam di sini. Insiden itu dilaporkan berlaku berhampiran stesen kereta api di Wilayah Gunma, barat laut Tokyo, pada awal pagi Jumaat, lapor Agensi Berita Kyodo hari ini. Pengawal keselamatan berusia 69 tahun itu memberitahu polis yang dia menyedari kehadiran beruang itu yang menjenguk ke dalam tandas ketika dia hendak keluar da
Editorial
29 Nov 20251 min membaca


Ibu campak bayi dari tingkat 11 Pangsapuri
TAIPEI – Seorang wanita telah ditahan oleh polis selepas didapati melakukan kesalahan dengan mencampakkan bayi lelakinya yang baru dilahirkan dari tingkat 11 sebuah pangsapuri di Taiwan, lapor portal berita Must Share News. Siasatan awal polis di Taiwan mendedahkan bahawa suspek yang dikenali sebagai Xia, 22, melahirkan seorang bayi lelaki sihat pada 28 November 2024. Xia didakwa wanita itu membalut bayi tersebut dengan selimut lalu diletakkan di tingkap sebelum menolakny
Editorial
29 Nov 20251 min membaca


Sindiket tipu pelaburan: 8 suspek warga China diberkas
BERA – Satu sindiket penipuan pelaburan tidak wujud yang aktif di sebalik sebuah hotel di Triang di sini akhirnya terbongkar. Lapan suspek warga China termasuk dua wanita yang disyaki beroperasi disebalik sindiket penipuan itu berjaya diberkas polis dalam serbuan yang dijalankan baru-baru ini. Ketua Polis Daerah Bera, Superintenden Zulkiflee Nazir berkata, Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Bukit Aman bersama Bahagian Siasatan Jenayah Komersil Ibu Pejabat Polis Daerah (
S.KUMARA
29 Nov 20251 min membaca


Tanah Runtuh Cameron Highland: Hampir 700 penduduk Apartmen Puncak Arabella terputus hubungan
KUANTAN - Laluan masuk ke Apartmen Puncak Arabella, Tanah Rata, Cameron Highlands terputus hubungan selepas berlakunya kejadian tanah runtuh di lereng bukit berhampiran Blok C bangunan kediaman itu, malam Jumaat. Ketua Polis Daerah Cameron Highlands, Superintenden Azri Ramli berkata, polis telah menerima laporan tentang bencana itu yang berlaku di Jalan Puncak Arabella itu kira-kira jam 8.30 malam tadi. "Kejadian tanah runtuh itu menyebabkan laluan ke kawasan apartmen terputu
S.KUMARA
29 Nov 20251 min membaca


Lelaki rakam wanita dalam tandas pusat beli-belah akhirnya tersungkur
KUALA TERENGGANU – Umpama setinggi-tinggi tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga, seorang lelaki yang giat diburu polis sejak seminggu lepas selepas disyaki menceroboh dan cuba merakam video seorang wanita dalam tandas sebuah pusat beli-belah di bandar raya ini akhirnya diberkas polis. Suspek berusia 24 tahun itu dicekup dalam satu operasi yang dijalankan oleh sepasukan anggota Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) kira-kira jam 11 pagi pada Jumaat. Ketua Polis Daerah Kual
S.KUMARA
28 Nov 20251 min membaca


Polis buru kumpulan merusuh, cederakan tiga lelaki dengan senjata
KUALA LUMPUR - Polis sedang memburu sekumpulan individu yang disyaki terlibat dalam kejadian merusuh dan menyerang tiga lelaki menggunakan senjata. Kejadian itu difahamkan berlaku di Selayang Jaya, Batu Caves, dekat sini tengah malam tadi. Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisoner Noor Ariffin Mohamad Nasir berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian itu pada jam 12.20 tengah malam sebelum siasatan mendapati pergaduhan berlaku kira-kira 10 minit sebelumnya. "Kej
Editorial
28 Nov 20251 min membaca


Bekas Setiausaha Politik Kanan Anwar Datuk Seri Shamsul Iskandar, Albert Tei antara tiga ditahan isu rasuah
PUTRAJAYA – Bekas Setiausaha Politik Kanan Perdana Menteri, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin antara tiga individu telah ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada petang Jumaat. Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki telah megesahkan penahanan ketiga-tiga individu iaitu seorang ahli perniagaan, Albert Tei dan bekas Ahli Parlimen Hang Tuah Jaya itu. Katanya, mereka ditahan untuk membantu siasatan kes tohmahan rasuah membabitkan pemberian wang oleh
S.KUMARA
28 Nov 20252 min membaca


Polis P.Pinang bongkar 'phone scam' dalam dua rumah banglo
GEORGETOWN - Polis Pulau Pinang telah berjaya membongkar operasi sindiket scam telefon yang beroperasi secara rahsia di dalam dua unit kediaman banglo di negeri tersebut. Sindiket yang mensasarkan warga atau rakyat Jepun sebagai mangsa digempur dan dilumpuhkan dalam satu operasi tergempar yang dijalankan di Simpang Ampat, daerah Seberang Perai pada 20 November lalu. Ketua Polis Pulau Pinang, Komisioner Datuk Azizee Ismail berkata, hasil serbuan berjaya membawa pasukan kepada
S.KUMARA
28 Nov 20251 min membaca


Shamsul Iskandar hadir ke SPRM 12 tengahari bantu siasatan
PUTRAJAYA – Bekas Setiausaha Politik Kanan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin hadir ke ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini hari ini. Shamsul Iskandar dilihat tiba ke premis itu sekitar jam 12 tengah hari Jumaat untuk memberi keterangan bagi membantu siasatan berkaitan dakwaan pemberian rasuah RM600,000 oleh seorang ahli perniagaan dikenali sebagai Albert Tei. Sumber memberitahu bahawa, kehadiran Shamsul Iskandar adalah
Editorial
28 Nov 20251 min membaca


Lelaki mati dikelar, dibungkus plastik kerana ludah suspek tuntut hutang wang
TANGERANG - Misteri di sebalik penemuan mayat seorang lelaki yang disyaki dibunuh dan dibungkus dalam plastik di sini dalam kejadian pada 14 Novemver lalu akhirnya berjaya dirungkai pihak berkuasa Kepolisian Negara Republik Indonesia (Polri) hari ini. Siasatan Polri berjaya membawa kepada motif utama mangsa dibunuh dan dibungkus dalam plastik oleh pelaku. Katanya, jasad mangsa ditemui di Jambatan Tol, Kampung Bunder, Kelurahan Bunder, Kecamatan Cikupa, wilayah Banten, Indones
Editorial
28 Nov 20251 min membaca


Kura-kura Galapagos tertua Zoo San Diego, Gramma mati pada usia 141 tahun
SAN DIEGO – Setelah lebih satu abad menikmati makanan kegemaran seperti salad romaine dan buah kaktus, penghuni tertua di Zoo San Diego, iaitu kura-kura Galapagos yang diberi nama Gramma akhirnya meninggal dunia pada 20 November lalu. Gramma dilahirkan di habitat asalnya dan dianggarkan berusia kira-kira 141 tahun. Gramma dikatakan menjadi salah satu haiwan tertua di dunia yang diketahui pernah hidup di zoo. Tarikh tepat ketibaannya di Zoo San Diego tidak dapat dipastikan nam
EDITOR
28 Nov 20251 min membaca


Perairan P. Pinang pusat transit segala jenayah rentas sempadan
KUALA LUMPUR – Perairan negeri Pulau Pinang d Selat Melaka dikenal pasti menjadi pusat transit untuk semua jenis jenayah rentas sempadan termasuk jenayah penyeludupan migran di negara ini. Pemangku Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Maritim Malaysia Laksamana Muda Maritim Mohd. Zawawi Abdullah berkata, kedudukan negeri itu yang berada hampir dengan Indonesia menjadikannya lokasi tumpuan sindiket sebagai laluan masuk dan keluar secara haram sebelum aktiviti jenayah tersebut dib
Editorial
28 Nov 20252 min membaca


SPRM bawa pulang Albert Tei ke rumah
Albert Tei ketika ditahan dan digari awal pagi tadi di kediamannya oleh SPRM di Puchong KUALA LUMPUR - Seorang Ahli perniagaan, Albert Tei yang telah ditahan oleh sepasukan pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sebelah pagi tadi dibawa pulang ke rumahnya di Puchong sebentar tadi (tengahari). Tindakan terkini itu dipercayai bagi membantu siasatan kes terhadapnya. Perkara itu telah disahkan oleh peguam yang mewakilinya, Zaid Malek tengahari tadi. Difahamkan,
S.KUMARA
28 Nov 20251 min membaca


Tayar pecah, 'stering terkunci' punca treler rempuh kereta, pemandu parah
KLUANG – Satu nahas jalan raya yang mengakibatkan seorang pemandu kereta cedera parah dalam insiden yang berlaku di Kilometer 56.9 Lebuhraya Utara-Selatan di sini pada Khamis berpunca daripada tayar treler pecah dan stering terkunci yang menyebabkan kenderaan berat itu merempuh kereta mangsa. Ketua Polis Daerah Kluang Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh berkata, kejadian dipercayai berlaku kira-kira pukul 12 tengahari melibatkan sebuah kereta jenis Honda Civic dengan treler je
S.KUMARA
28 Nov 20251 min membaca


Ribut Tropika Senyar: Penunggang motosikal mangsa korban pertama
KUALA LUMPUR - Kes kematian pertama akibat ribut Tropika Senyar yang melanda seawal tengah malam Jumaat hingga Sabtu telah dilaporkan berlaku di Melaka kali ini apabila seorang penunggang motosikal terkorban, menurut Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia. Ketua Pengarahnya, Datuk Seri Nor Hisham Mohamad berkata mangsa telah meninggal dunia selepas melanggar pokok tumbang di Jalan Selandar menghala ke Machap dalam kejadian pada jam kira-kira 6.57 pagi Jumaat. Jelasnya, berdasa
Editorial
28 Nov 20251 min membaca


SPRM serbu rumah dan tahan Albert Tei
Albert Tei dalam keadaan tangan bergari selepas ditahan SPRM di kediamannya hari ini. KUALA LUMPUR - Sepasukan pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)telah menyerbu kediaman ahli perniagaan Albert Tei secara mengejut pada pagi Jumaat di Puchong, Selangor menggunakan waran, menurut peguamnya, Mahajoth Singh. Mahajoth menerusi satu kenyataan pagi Jumaat menyifatkan tindakan tersebut sebagai pencerobohan kerana tarikh untuk merekodkan keterangan daripada Albert Tei
Editorial
28 Nov 20251 min membaca


Bantuan SARA ditambah selepas PRN Sabah - PM Anwar
KOTA KINABALU - Sumbangan Asas Rahmah (SARA) yang dihulurkan kerajaan kepada rakyat di negara ini akan ditambah selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) Ke-17 Sabah nanti. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, sebelum ini beliau belajar tentang SARA daripada seorang wanita di Sulaman. Katanya, wanita itu pernah mendoakannya menjadi Perdana Menteri sejak beberapa dekad lalu. "Dari mana saya belajar bukan daripada ahli Parlimen, bukan daripada timbalan menteri atau menter
Editorial
28 Nov 20251 min membaca
bottom of page