top of page


All Posts


Bayar RM135 dan buru hantu dalam penjara paling seram
LONDON – Sebuah bekas penjara di Somerset, Britain menawarkan peluang kepada orang ramai untuk menyertai lawatan memburu hantu di dalam bangunan tersebut pada harga kurang daripada £25 (RM135) seorang, lapor laman berita Devon Live. Penjara Shepton Mallet yang wujud sejak abad ke-17 berfungsi sebagai pusat pemulihan selama hampir 400 tahun dan kini dikenali sebagai salah satu penjara paling berhantu di dunia. Ia kini menawarkan orang awam sesi lawatan memburu hantu sepanjang
Editorial
26 Nov 20251 min membaca


ACLE: JDT akur dengan kehebatan Melbourne City
PETALING JAYA – Impian Johor Darul Ta’zim (JDT) untuk meneruskan momentum cemerlang dalam kempen Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) berkecai selepas tewas 0-2 kepada Melbourne City, sebentar tadi. Pada perlawanan yang berlangsung di Stadium Rectangular itu, skuad Harimau Selatan hadir dengan rekod cemerlang selepas berjaya menang dua aksi ACLE bertemu dua kelab China sebelum ini. JDT yang dikendalikan oleh Xisco Munoz terkejut dengan asakan awal tuan rumah apabila dibolosi has
S.KUMARA
26 Nov 20251 min membaca


Lelaki tular bersilat di tanah perkuburan ditahan, positif dadah
KLUANG - Seorang lelaki yang dipercayai melakukan aksi silat sambil memakai topi keledar di Tanah Perkuburan Kampung Melayu di sini, akhirnya berjaya diberkas polis. Video individu berkenaan melakukan aksi silat telah tular di media sosial sehingga menjadi topik hangat awam. Ketua Polis Daerah Kluang Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh berkata, susulan tular video berkenaan sepasukan anggota dari Balai Polis Sri Lalang berjaya menahan lelaki berkenaan pada kira-kira jam 1 teng
S.KUMARA
26 Nov 20251 min membaca


Polis buru 3 suspek serang wartawan sukan, rakam video
KUALA LUMPUR - Polis sedang giat memburu tiga suspek lelaki yang disyaki menyerang dan memukul wartawan sukan Haresh Deol sehingga tercedera dalam kejadian yang berlaku di Jalan Maarof, berhampiran parkir pusat beli-belah Bangsar Village pada Selasa. Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Hoo Chang Hook telah mengesahkan kejadian tersebut. Katanya, polis menerima laporan daripada mangsa berkaitan kejadian kira-kira jam 4 petang tadi. “Kes terbabit melibatkan tiga
S.KUMARA
25 Nov 20251 min membaca


Wanita dalam keranda ditemui masih hidup sebelum upacara pembakaran mayat
NONTHABURI – Ajaib tetapi benar! Kakitangan di sebuah kuil di Thailand panik dan gempar selepas seorang wanita meninggal dunia yang dibawa untuk upacara pembakaran mayat tiba-tiba didapati masih hidup selepas kedengaran bunyi ketukan dari dalam keranda tersebut. Kejadian mengejutkan itu berlaku di Wat Rat Prakhong Tham, sebuah kuil Buddha yang terletak di wilayah Nonthaburi, berhampiran ibu kota Bangkok. Pengurus hal ehwal umum dan kewangan kuil, Pairat Soodthoop berkata, wan
Editorial
25 Nov 20252 min membaca


Bas ekpres bawa 19 penumpang terbakar di Lebuhraya LTU
FOTO KREDIT:JBPM PAHANG KUANTAN - Para penumpang yang sedang meneruskan perjalanan ke destinasi masing -masing menaiki sebuah bas ekspres berdepan detik cemas apabila bas tersebut terbakar di Lebuhraya Lingkaran Tengah Utama (LTU) berhampiran Kampung Lurah Bilut, Raub pada Selasa. Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Zulfadli Zakaria berkata, pihaknya menerima maklumat tentang kejadian itu yang dilaporkan berlaku sekitar jam 4.41 petan
S.KUMARA
25 Nov 20251 min membaca


Sekutu dan kakak Jho Low diperintah bayar AS$2.8 bilion kepada 1MDB
KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Selasa memerintahkan sekutu kepada ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho atau Jho Low dan kakaknya membayar hampir AS$2.8 bilion kepada 1Malaysia Development Bhd (1MDB) berhubung peranan mereka dalam menerima dan menyembunyikan dana yang diselewengkan. Hakim Mahazan Mat Taib memutuskan demikian selepas membenarkan 1MDB dan empat anak syarikatnya selaku plaintif memasukkan penghakiman ingkar terhadap Tan Kim Loong dan Low M
Editorial
25 Nov 20253 min membaca


Keputusan Najib dipenjara di rumah atau Penjara Kajang diawalkan ke 22 Disember
KUALA LUMPUR - Tarikh keputusan bagi menentukan sama ada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak boleh memaksa kerajaan atau enam pihak lain di Mahkamah Tinggi di sini untuk melaksanakan Titah Adendum bagi membolehkannya menjalani hukuman penjara di rumah atau sebaliknya telah diawalkan kepada 22 Disember depan. Sebelum ini mahkamah telah menetapkan tarikh asal keputusan kes itu pada 5 Januari 2026. Bagaimanapun, ia telah diawalkan beberapa hari menjelang sambutan H
EDITOR
25 Nov 20252 min membaca


PRN Sabah: BN optimis rampas Sabah
PUTRAJAYA – Barisan Nasional (BN) optimis parti itu dapat merampas negeri Sabah berdasarkan 45 kerusi yang ditandingi dalam Pilihan Raya Negeri Ke-17 (PRN) pada kali ini sekali gus memberi peluang kepada gabungan itu menguasai semula pemerintahan di negeri itu. Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata keyakinan itu disokong dengan komitmen dan persiapan jentera serta sambutan akar umbi yang memberangsangkan. "Di Sabah, BN bertanding 45 kerusi, sudah tentul
Editorial
25 Nov 20251 min membaca


'Saya terjebak dalam politik kerana benci rasuah', kata Rafizi
SHAH ALAM - Datuk Seri Rafizi Ramli dalam satu status mengenai isu rasuah di Facebook rasminya menyatakan bahawa faktor utama membawa beliau menyertai politik kira-kira 20 tahun lalu kerana disebabkan oleh kebenciannya terhadap isu yang tidak pernah padam dalam negara iaitu rasuah. Status terbaharu itu sekaligus menarik perhatian para pengguna dan juga pengikut beliau di Facebook. Bekas Menteri Ekonomi itu berkata, beliau terjebak dalam arena politik tanahair ialah kerana keb
EDITOR
25 Nov 20251 min membaca


Myvi terjunam rempuh pagar rumah
Foto kredit: Sinar Harian SEREMBAN - Kebimbangan seorang penduduk di Taman Nusari Bayu 1 di sini bahawa kemungkinan suatu hari nanti ada kenderaan dari jalan utama yang terjunam ke rumahnya akhirnya menjadi nyata, lapor Sinar Harian. Dalam kejadian jam 8.40 pagi, sebuah kereta Perodua Myvi telah hilang kawalan dan terbabas sebelum terjatuh dari ketinggian 10 meter lalu merempuh pagar rumah milik lelaki bernama Amirul Zaki Abd Rahim, 35. Bagaimanapun pemandu wanita berusia 33
Editorial
25 Nov 20251 min membaca


Suspek mati ditembak polis adalah ketua sindiket samun, miliki 19 rekod kes
Pengarah JSJ Bukit Aman Datuk Kumar menunjukkan senjata dirampas dari ketua sindiket samun yang ditembak mati pagi tadi di Sepang. SEPANG - Seorang lelaki yang ditembak mati dalam kejadian berbalas tembakan dengan pasukan polis di Jalan Batu 8, Jalan Banting-Dengkil di sini dipercayai merupakan ketua sindiket samun yang aktif sejak tahun 2022 yang menyasarkan rumah, kilang dan tapak projek. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Komisioner Datuk M. Kumar berkata,
S.KUMARA
25 Nov 20252 min membaca


PRN Ke-17 Sabah: Undi awal bermula 8 pagi
KOTA KINABALU - Seramai 24,426 pengundi berdaftar menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi awal pada Selasa bagi memilih wakil rakyat sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17 kali ini. Daripada jumlah tersebut, seramai 11,697 pengundi terdiri daripada anggota tentera dan pasangan, manakala 12,729 lagi merupakan anggota polis serta pasangan. Manakala, sebanyak 58 pusat pengundian awal dibuka serentak di seluruh negeri bermula tepat 8 pagi sebelum ditutup secara berpering
EDITOR
25 Nov 20251 min membaca


SPM 2025: KPM aktifkan pelan kontigensi hadapi banjir
PUTRAJAYA – Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengaktifkan pelan kontigensi secara menyeluruh bagi memastikan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025 berjalan lancar meskipun berlangsung ketika musim tengkujuh. PUTRAJAYA – Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mengaktifkan pelan kontigensi untuk memastikan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025 berjalan lancar sepanjang musim tengkujuh keitka ini. Ketua Pengarahnya, Dr.Mohd Azam Ahmad berkata semua
Editorial
25 Nov 20252 min membaca


Angka mangsa banjir di 10 negeri cecah 18,782 orang
SHAH ALAM - Angka mangsa yang terjejas akibat bencana banjir di 10 negeri seluruh negara telah mencecah kepada seramai 18,782 mangsa. Kesemua mangsa banjir itu kini ditempatkan di 128 pusat pemindahan sementara (PPS) yang telah dikemaskini setakat jam 11.02 pagi Selasa. Berdasarkan laman sesawang Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), 10 negeri yang terkesan teruk akibat banjir ialah Selangor, Kelantan, Perlis, Kedah, Perak, Pulau Pinang, Terengganu, Sarawak, Pahan
Editorial
25 Nov 20252 min membaca


Takut dimarah ibu pulang lewat, gadis kantoi reka cerita dirogol pemandu e-hailing
ISKANDAR PUTERI – Gara-gara takut dimarahi kerana pulang lewat ke rumah, seorang gadis sanggup mereka-reka cerita kononnya dia telah dirogol dan dipaksa melakukan seks luar tabii oleh pemandu e-hailing kepada ibunya. Tetapi tipu helah perempuan berusia 25 tahun itu tidak dapat membantu menyelamatka dirinya apabila terpaksa mengaku kejadian itu tidak berlaku sebaliknya ia hanya rekaan sebagai helah kerana takut dimarahi ibunya kerana pulang lewat ke rumah. Ketua Polis Daerah I
S.KUMARA
25 Nov 20251 min membaca


Bekas jurulatih wusyu didakwa amang seksual terhadap remaja perempuan
KUALA LUMPUR - Seorang bekas jurulatih wusyu pada Isnin mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ampang di sini atas dua pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang remaja perempuan, empat tahun lepas. Chia Kian Keow, 49, yang berdepan dua pertuduhan, didakwa melakukan perbuatan itu ke atas mangsa yang ketika kejadian berumur 14 tahun tujuh bulan dan 15 tahun tiga bulan di sebuah pusat latihan wusyu di Batu Caves pada 5.30 petang 16 Mei 2021 dan sekitar Mac 2
BERNAMA
25 Nov 20251 min membaca


Bangunan Pusat Tarbiyah Islamiyah Kelantan terbakar
Bangunan pusat Tarbiyah Islam di Kelantan hangus terbakar. foto Sinar Harian KOTA BHARU - Sebuah pejabat pengurusan dan pondok pengawal di bangunan milik Pas iaitu Pusat Tarbiyah Islamiyah Kelantan (PUTIK) di sini terbakar dalam kejadian yang berlaku pada pagi Selasa. Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Pengkalan Chepa, Pegawai Bomba Kanan 1, Che Mazlan Mohamed berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira jam 5.31 pag mengenai kebakaran tersebut. Katanya,
S.KUMARA
25 Nov 20251 min membaca


Lelaki mati berbalas tembakan dengan polis
Seorang lelaki mati berbalas tembakan dan polis menjumpai pistol Colt 45, peluru Kynoch, serta dadah dalam kereta suspek. Foto Awani/PDRM SEPANG -Seorang penjenayah lelaki mati ditembak selepas berbalas tembakan dengan polis dalam kejadian yang berlaku di Batu 8, Jalan Banting - Dengkil di sini pada Isnin. Polis memaklumkan bahawa kejadian berlaku pada jam lebih kurang 8.10 malam apabila sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Jenayah Berat (D9) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ)
S.KUMARA
25 Nov 20251 min membaca


'Robin Hood' dalang sebenar sindiket dadah RM76 juta tersungkur
KUALA SELANGOR –Perlakuan seorang lelaki tempatan yang berlagak dengan watak 'Robin Hood' dalam kalangan penduduk kampung dalam soal kebajikan membongkar wajah sebenar individu itu yang rup-rupanya merupakan dalang utama sindiket memproses dan mengedar dadah di sebalik perniagaan besi buruk, ladang ayam dan penternakan lembu selama ini. Suspek berusia lingkungan 30-an itu dipercayai selama ini menunjukkan imej dermawan, sering memberi bantuan kewangan serta mudah menghulur pe
S.KUMARA
24 Nov 20253 min membaca
bottom of page