top of page

11 lelaki ditahan rusuhan bersenjata di miri

  • kumara885
  • Nov 4
  • 1 min membaca
11 ditahan rusuhan bersenjata di MIri
11 ditahan rusuhan bersenjata di MIri

MIRI - Polis berjaya membuat tangkapan ke atas 11 lelaki berumur antara 16 hingga 25 tahun bagi membantu siasatan berhubung insiden rusuhan bersenjata yang berlaku di kawasan Waterfront Miri awal pagi Isnin.


Tangkapan dibuat selepas satu rakaman video berdurasi seminit yang tular menerusi media sosial memaparkan kejadian merusuh yang dikatakan berlaku selepas dua lelaki bergesel bahu.


Ketua Polis Daerah Miri, Asisten Komisioner Mohd Farhan Lee Abdullah berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 2.05 pagi dan menyebabkan seorang lelaki cedera.


"Mangsa dirawat di Hospital Umum Miri dan dilaporkan berada dalam keadaan stabil,” katanya dalam satu kenyataan pada malam Isnin.


Hasil pemeriksaan lanjut, polis turut berjaya membuat rampasan pelbagai jenis senjata untuk membantu siasatan lanjut polis.


"Kes sedang disiasat di bawah di bawah Seksyen 324/148 Kanun Keseksaan.


"Orang ramai juga dinasihati agar tidak membuat sebarang spekulasi atau menyebarkan isu sensitif berkaitan kejadian itu menerusi media sosial.


"Mereka yang mempunyai maklumat lanjut, katanya boleh menghubungi talian 085-433730 atau Inspektor Zulaihka Mohd Anuar 010-7975445 untuk membantu siasatan," ujarnya.


Komen


bottom of page