15 Sungai di KL,Selangor lepasi paras bahaya - Meteorologi
- Editorial
- 24 Nov
- 1 min membaca

KUALA LUMPUR – Kira-kira 15 kawasan sungai di negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur telah direkodkan melepasi paras bahaya berikutan hujan lebat berterusan sejak semalam.
Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) menerusi portal info banjir hari ini memaklumkan bahawa, pemerhatian setakat pukul 12 tengah hari Isnin mendapati, paras air di Sungai Klang, Sungai Gombak dan Sungai Langat mencatatkan peningkatan mendadak.
Berikut kawasan sungai yang direkodkan melepasi paras bahaya dan waspada:
1. Sungai Gombak (Jalan Tun Razak)
2. Sungai Klang (Jambatan Tun Sambanthan)
3. Sungai Klang (Klang Gate)
4. Sungai Klang (Taman Sri Muda, Klang)
5. Sungai Kerayong (Cheras)
6. Sungai Damansara (TTDI / Seksyen 17 Petaling Jaya)
7. Sungai Batu (Sentul)
8. Sungai Bunus (Danau Kota)
9. Sungai Langat (Hulu Langat)
10. Sungai Langat (Jenderam Hilir)
11. Sungai Semenyih (Semenyih Lama)
12. Sungai Bernam (Hulu Selangor)
13. Sungai Binjai (Meru, Klang)
14. Sungai Rasau (Seksyen 16 Shah Alam)
15. Sungai Kuyoh (Seri Kembangan)
Sebelum ini tular di media sosial bunyi siren amaran di sekitar ibu negara menandakan air sungai sudah melepasi paras bahaya.
Pengguna jalan raya juga dinasihati agar menggunakan laluan alternatif bagi mengelak insiden banjir kilat di Lebuh Raya Baru Lembah Klang (NKVE).- malaysiatoday





Komen