top of page

2 Disember hari terakhir Tengku Zafrul terajui MITI

  • Editorial
  • 2 hari lalu
  • 1 min membaca
Tengku Zafrul. Foto:Bloomberg via Getty Images
Tengku Zafrul. Foto:Bloomberg via Getty Images

KUALA LUMPUR - Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz hari ini mengesahkan bahawa 2 Disember depan merupakan hari terakhir beliau menjalankan tugas sebagai Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI).


Beliau mengakui, wujud sedikit rasa hiba sambil menyifatkan peralihan itu sebagai sesuatu yang tidak dapat dielakkan mengikut keperluan undang-undang.


“Saya memang berasa sedikit sedih dengan peralihan ini... tetapi secara undang-undang, seseorang perlu berada dalam Dewan Rakyat untuk berkhidmat sebagai menteri.


“Jadi saya tidak boleh lagi meneruskan peranan tersebut," katanya dalam sidang media mengumumkan Kad Laporan Prestasi MITI Suku Ketiga 2025, di Putrajaya pada Khamis.


Tambah Tengku Zafrul, ketika ini segala keputusan mengenai pengganti dan hala tuju kementerian diserahkan sepenuhnya kepada prerogatif Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan barisan kepimpinan baharu kerajaan.


Dalam masa sama, Tengku Zafrul turut memaklumkan bahawa fokus utama beliau kini hanyalah memastikan proses transisi berjalan lancar.-malaysiatoday


Komen


bottom of page