top of page
  • kumara885
  • 17 Okt
  • 1 min membaca
HONOR menyediakan 250 hadiah cabutan bertuah sempena pembukaan gerai di Mid Valley, Bangsar
HONOR menyediakan 250 hadiah cabutan bertuah sempena pembukaan gerai di Mid Valley, Bangsar

KUALA LUMPUR, 17 Oktober - HONOR Malaysia menawarkan sebanyak 250 hadiah cabutan bertuah kepada pelanggan sempena pembukaan rasmi kedai HONOR Experience Store yang dinaik taraf di Mid Valley Megamall, Kuala Lumpur pada Jumaat ini.


HONOR dalam satu kenyataan pada Khamis berkata, tawaran itu diberikan kepada pelanggan yang berbelanja RM999 ke atas di kedai baharu tersebut bermula 13 hingga 20 Oktober 2025.


“Antara hadiah menarik termasuk peranti premium seperti HONOR MagicBook Art 14, MagicPad 3, Pad 10 WiFi, pembersih robot HONOR CHOICE serta beg pakaian eksklusif HONOR,” jelas kenyataan itu.


Menurut kenyataan itu lagi, pelanggan yang membeli telefon pintar siri HONOR Magic dan X9d 5G turut berpeluang menggandakan peluang kemenangan mereka dengan dua penyertaan cabutan bertuah bagi setiap resit.


“Cabutan hadiah akan dijalankan secara langsung di kedai tersebut dari 17 hingga 20 Oktober bagi memeriahkan lagi sambutan pembukaan itu,"katanya.


Komen


bottom of page