top of page

26.5 juta carian dilakukan di portal Semak Mule sejak 2020 - PDRM

  • kumara885
  • 31 Okt
  • 1 min membaca
ree

26.5 juta carian dilakukan di portal Semak Mule sejak 2020


KUALA LUMPUR - Portal Semak Mule Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menerima lebih 26.5 juta carian sejak laman itu diperkenalkan pada Oktober 2020 hingga 26 Oktober lalu.


Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Komisioner Datuk Rusdi Mohd. Isa berkata, daripada jumlah itu sebanyak 2.7 juta carian dikesan positif iaitu melibatkan maklumat yang pernah digunakan dalam kes penipuan.


“Daripada carian positif itu, sebanyak 2.2 juta pula membabitkan nombor akaun bank, nombor telefon (520,371) dan nama syarikat (5,221),” katanya.


Beliau berkata demikian kepada pemberita pada sidang media tentang Semak Mule di Ibu Pejabat JSJK,Menara KPJ di Jalan Tun Razak pada Khamis.


Tambah Mohd Rusdi lagi, pangkalan data portal Semak Mule kini mengandungi sebanyak 299,531 akaun bank, nombor telefon (233,568) dan nama syarikat (7,867) yang telah dilaporkan kepada polis kerana disyaki digunakan oleh sindiket penipuan.


Jelas beliau lagi, portal Semak Mule diwujudkan bagi membantu masyarakat menyemak terlebih dahulu maklumat akaun atau nombor telefon sebelum membuat sebarang transaksi kewangan, sekali gus mencegah mereka daripada menjadi mangsa penipuan.


“Melalui platform ini, masyarakat kini mempunyai saluran pantas untuk menilai sama ada sesuatu akaun atau nombor telefon pernah digunakan dalam kes jenayah komersial.


"Selain membantu pengguna individu, portal berkenaan turut berperanan menyediakan pangkalan data penipuan yang komprehensif untuk rujukan pihak berkuasa dalam siasatan kes jenayah komersial.


Komen


bottom of page