top of page
  • kumara885
  • 16 Okt
  • 1 min membaca
ree


PUTRAJAYA, 16 Oktober - Pihak berkuasa sedang menjalankan kerja-kerja pembersihan dan penilaian tahap kerosakan di empat sekolah yang terjejas akibat kejadian ribut di Teluk Panglima Garang, Selangor petang Rabu.


Kementerian Pendidikan (KPM) dalam kenyataan hari ini berkata, empat sekolah yang dikenalpasti terjejas akibat ribut ialah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sijangkang Jaya, Sekolah Kebangsaan (SK) Sijangkang Jaya, SK Kampung Medan dan SK Jalan Tanjung.


Katanya, usaha baik pulih sekolah sekolah yang mengalami kerosakan akan dilaksanakan dengan segera sebaik penilaian selesai bagi memastikan kemudahan di sekolah terlibat dapat digunakan semula dalam masa terdekat.


"Semua sekolah terjejas akan melaksanakan pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) dalam tempoh terdekat bagi membolehkan proses pembelajaran dapat diteruskan serta memastikan keselamatan murid, guru dan seluruh warga sekolah," kata KPM dalam kenyataan tersebut.


KPM dalam perkembangan sama turut menyeru jabatan pendidikan negeri, pejabat pendidikan daerah dan pentadbir sekolah di seluruh negara supaya meningkatkan tahap kesiapsiagaan dalam menghadapi cuaca tidak menentu pada ketika ini, bagi memastikan kesejahteraan dan keselamatan seluruh warga pendidikan terpelihara.


Komen


bottom of page