top of page

AGC Tarik Balik Rayuan Terhadap Pembebasan Rosmah

  • malaysiatoday01
  • 2 hari lalu
  • 1 min membaca
Tiada Prospek Kejayaan Selepas Semakan Menyeluruh
Tiada Prospek Kejayaan Selepas Semakan Menyeluruh

AGC Tarik Balik Rayuan Terhadap Pembebasan Rosmah: Tiada Prospek Kejayaan Selepas Semakan Menyeluruh


KUALA LUMPUR: Jabatan Peguam Negara (AGC) mengesahkan bahawa pihaknya telah menarik balik rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang sebelum ini, dan membebaskan Datin Seri Rosmah Mansor daripada 17 pertuduhan pengubahan wang haram dan kegagalan mengisytiharkan pendapatan kepada LHDN.Keputusan tersebut dibuat selepas satu penilaian komprehensif mendapati tiada prospek realistik untuk memperoleh keputusan berbeza di Mahkamah Rayuan.


Menurut sumber perundangan beberapa faktor utama dikenal pasti sebagai penyumbang kepada keputusan AGC. Kekurangan saksi pendakwaan, sebahagian saksi yang memainkan peranan penting dalam membuktikan elemen kes telah meninggal dunia, atau gagal dikesan selepas beberapa tahun. Ini menyebabkan pendakwaan menghadapi kesukaran besar untuk mengemukakan bukti yang kukuh dan konsisten.


Selepas meneliti sepenuhnya, AGC mendapati bahawa bukti yang masih tersedia tidak cukup kuat untuk memuaskan standard pembuktian “melampaui keraguan munasabah”, yang merupakan syarat asas dalam sabitan kes jenayah.


Oleh itu, penarikan rayuan dilihat sebagai langkah paling wajar dan profesional berdasarkan keadaan semasa. Dengan penarikan notis rayuan pada 9 Disember 2025, Rosmah kini kekal bebas sepenuhnya daripada, 12 pertuduhan pengubahan wang haram, dan 5 pertuduhan gagal mengisytiharkan pendapatan yang sepatutnya dikenakan cukai. Kes ini secara rasmi dianggap tertutup dan tidak lagi boleh dirayu oleh pihak pendakwaan.


Keputusan ini tidak berkaitan dan tidak menjejaskan kes Rosmah yang paling besar, iaitu kes Projek Solar Hibrid RM1.25 bilion - Rosmah sebelum ini disabitkan bersalah dan dijatuhi hukuman 10 tahun penjara, serta denda RM970 juta.


Walau bagaimanapun, pelaksanaan hukuman tersebut ditangguhkan, sementara menunggu keputusan rayuan di Mahkamah Rayuan.Prosiding rayuan dalam kes solar masih berjalan dan akan menjadi fokus utama perundangan melibatkan beliau.

 


Komen


bottom of page