- kumara885
- 24 Okt
- 1 min membaca

SEPANG - Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) mengenakan Arahan Penolakan Masuk (NTL) terhadap 72 warga Indonesia kerana gagal memenuhi syarat kemasukan ketika tiba di Pelabuhan Pasir Gudang, Johor pada perayaan Deepavali.
Ketua Pengarah AKPS, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, tindakan diambil dalam tempoh dua hari iaitu pada 19 dan 20 Oktober lalu.
Menurutnya, AKPS bertindak berdasarkan maklumat, membuat pemantauan di lokasi dan mengesahkan ketidakpatuhan sebelum mengarahkan warga asing terbabit berpatah balik iaitu prosedur sama seperti di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
"Apa yang saya nak sebutkan kita tidak hanya memberi penekanan kepada pintu masuk utama (KLIA), tapi pintu masuk lain juga.
"Saya tidak menyangkal sekiranya cubaan kemasukan itu berlaku di pintu-pintu masuk yang bukan di bawah penyeliaan AKPS waktu ini, sekiranya berlaku dan kemudian diambil oleh AKPS pada Januari 2026, saya amat berharap ia tidak lagi berlaku," katanya dalam sidang akhbar di KLIA Terminal 1 di sini pada Khamis.
Beliau berkata, AKPS juga sedang meneliti kemungkinan wujud cubaan 'counter setting' di pintu masuk lain.





Komen