top of page

Albert Failkan Saman Sivil Terhadap Azam, SPRM Berhubung Pakaian Lokap Jingga

  • kirthana63
  • 8 Jan
  • 1 min membaca
Albert Failkan Saman Sivil Terhadap Azam, SPRM Berhubung Pakaian Lokap Jingga
Albert Failkan Saman Sivil Terhadap Azam, SPRM Berhubung Pakaian Lokap Jingga

Kuala Lumpur - Albert Tei hari ini memfailkan satu saman pemula di mahkamah terhadap pihak berkuasa berhubung tindakan yang didakwa memaksanya memakai pakaian lokap berwarna jingga, walaupun beliau belum disabitkan atau didapati bersalah atas sebarang pertuduhan. Dalam saman sivil tersebut, Tei menamakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Ketua Pesuruhjayanya Tan Sri Azam Baki, serta kerajaan sebagai defendan.


Beliau mendakwa tindakan mewajibkannya memakai pakaian lokap itu semasa berada dalam tahanan siasatan telah menjejaskan hak perlembagaannya, khususnya prinsip bahawa seseorang individu dianggap tidak bersalah sehingga dibuktikan sebaliknya.


Tei turut berhujah bahawa pemakaian pakaian lokap berkenaan, terutamanya apabila gambarnya tersebar kepada umum, telah mewujudkan persepsi negatif terhadap dirinya seolah-olah beliau telah bersalah sebelum proses perbicaraan dijalankan

. Keadaan itu, menurutnya, telah mencemarkan reputasi serta menjejaskan maruahnya sebagai seorang individu yang masih dalam peringkat siasatan.


Sehubungan itu, beliau memohon mahkamah untuk mengeluarkan perintah deklarasi bahawa tindakan tersebut adalah tidak sah di sisi undang-undang dan bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan, selain menuntut ganti rugi yang akan ditentukan oleh mahkamah


Komen


bottom of page