top of page
  • kumara885
  • 3 hari lalu
  • 1 min membaca
Amanah umum calon PRN Sabah
Amanah umum calon PRN Sabah

PRN Sabah: Amanah umum ustaz Mohd Julpikar calon DUN Sulabayan



KOTA KINABALU – Parti Amanah Negara (Amanah) hari ini mengumumkan Pengasas sebuah pusat tahfiz dipercayai menjadi satu-satunya calon yang bertanding atas tiket Pakatan Harapan (PH) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sulabayan pada Pilihan Raya Negeri Sabah ke-17 (PRN17) 29 November ini.


Ustaz Mohd Julpikar Ab Mijan diumumkan sebagai calon parti itu semasa Konvensyen Amanah Negeri Sabah 2025 yang dirasmikan oleh Presiden Amanah, Datuk Seri Mohamad Sabu di sini pada Ahad.


Mohd Julpikar merupakan seorang pendidik, aktivis sosial dan tokoh masyarakat dari Semporna yang aktif dalam bidang pendidikan serta pembangunan komuniti.


beliau juga terbabit sebagai usahawan dalam sektor pendidikan dan komuniti, menjadikannya antara figura muda berpotensi yang mampu membawa gagasan politik berteraskan nilai dan pembangunan masyarakat ke peringkat negeri.


Beliau juga berkelulusan Sarjana Muda Hukum (Syariah dan Undang-Undang) dari Universitas Islam Negeri Sultan Syarif Kasim Riau, Indonesia serta mempunyai pengalaman luas dalam pentadbiran pendidikan, dakwah dan penglibatan dalam badan bukan kerajaan (NGO).


Antara pengiktirafan yang pernah diterima beliau termasuk Tokoh Maulidur Rasul Daerah Semporna 2021 dan Tokoh Ma’al Hijrah Daerah Semporna 2023.


Komen


bottom of page