Anggota polis hilang dihanyut arus deras ditemui lemas
- S.KUMARA
- 30 Nov
- 1 min membaca

SEPANG - Nasib seorang anggota polis yang dilaporkan hilang dihanyutkan arus deras sebelum ini selepas kereta yang dipandunya terperangkap dalam banjir berhampiran Klinik Desa Giching di Sepang di sini berakhir dengan tragedi apabila ditemukan dalam keadaan lemas pada Ahad.
Mangsa yang dikenalpasti identitinya Konstabel Muhammad Rahimi Amiruddin, 23, ditemui pada jarak kira-kira 50 meter dari lokasi terakhir kejadian dia dilaporkan hilang sekitar jam 7.30 pagi Jumaat lalu.
Difahamkan bahawa mayat mangsa sudah dibawa ke Hospital Serdang untuk tindakan selanjutnya.
Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Sepang Asisten Komisioner Norhizam Bahaman yang mengesahkan penemuan mangsa berkata satu kenyataan media dengan fakta penuh berkaitan penemuan mayat mangsa itu akan dikeluarkan kelak.
Sebelum ini, media melaporkan mangsa dipercayai lemas selepas kereta dipandunya terbabas dalam parit berhampiran Klinik Desa Giching.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mokhtar dilaporkan berkata, mangsa dipercayai cuba berenang keluar dari parit selepas kenderaan dinaiki tidak dapat meneruskan perjalanan tetapi dihanyutkan arus deras tersebut.
Dalam kejadian kira-kira jam 10.30 malam itu, mangsa yang bertugas di Balai Polis Nilai itu dipercayai dalam perjalanan ke tempat kerja.
Mangsa sebelum itu difahamkan bahawa semasa kejadian dia melawat keluarga di kampung tersebut.





Komen