top of page

Anwar terima perletakan jawatan Setiausaha Politik Kanan PM Shamsul Iskandar

  • S.KUMARA
  • 26 Nov 2025
  • 1 min membaca

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima peletakan jawatan Setiausaha Politik Kanan beliau, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin pada Rabu.


Perdana Menteri berkata, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bebas menjalankan siasatan tanpa sebarang campur tangan luar berhubung tuduhan yang dikaitkan terhadap bekas Ahli Parlimen Hang Tuah Jaya itu.


"Saya menerima peletakan jawatan Setiausaha Politik Kanan, saudara Shamsul Iskandar Mohd Akin dan mengucapkan terima kasih atas khidmat beliau," kata Perdana Menteri melalui satu kenyataan di sini.


Mengulas tentang tuduhan yang timbul, Anwar yang juga Presiden PKR menegaskan bahawa SPRM bebas untuk menjalankan siasatan segera tanpa sebarang campur tangan luar.


"Kerajaan MADANI kekal teguh pada prinsip ketelusan dan integriti dan memberi ruang kepada proses siasatan mengikut lunas undang-undang," tambahnya lagi.- malaysiatoday.com.my


Komen


bottom of page