top of page

Arab Saudi tolak tawaran Messi beraksi di Liga Pro Saudi

  • kumara885
  • 1 Nov
  • 1 min membaca
Arab tolak tawaran Messi beraksi di Liga Pro Arab Saudi
Arab tolak tawaran Messi beraksi di Liga Pro Arab Saudi

ARAB Saudi dilaporkan telah menolak tawaran daripada bintang sensasi Argentina, Lionel Messi untuk beraksi jangka pendek dalam saingan Liga Pro Saudi sebelum Piala Dunia FIFA 2026.


Ketua Pegawai Eksekutif Mahd Sports Academy, Abdullah Hammad mendedahkan bahawa wakil Messi telah menghubunginya ketika Kejohanan Kelab Dunia bagi membincangkan kemungkinan pemain Argentina itu menyertai kelab di Arab Saudi sementara Major League Soccer (MLS) berehat panjang.


“Ketika Kejohanan Kelab Dunia lalu, pasukan Messi menghubungi saya dan menawarkan beliau untuk bermain di Arab Saudi kerana MLS akan berhenti hampir empat bulan.


"Dia mahu kekal cergas dan membuat persiapan menghadapi Piala Dunia 2026,”katanya.


Cadangan itu menyerupai langkah yang pernah dilakukan David Beckham pada 2010 apabila beliau dipinjamkan ke AC Milan ketika masih bersama LA Galaxy.


Messi yang kini bersama Inter Miami menyertai kelab MLS itu pada 2023 selepas meninggalkan Paris Saint-Germain serta menolak tawaran lumayan daripada beberapa kelab Arab Saudi ketika itu.


Bagaimanapun, menurut Hammad, selepas cadangan itu dikemukakan, Menteri Sukan Arab Saudi menolak permohonan tersebut dengan alasan liga negara itu tidak sepatutnya dijadikan 'platform persiapan' untuk kejohanan lain.


“Menteri menjelaskan bahawa Liga Pro Saudi tidak akan menjadi platform persiapan untuk mana-mana kejohanan,” tegasnya lagi.


Komen


bottom of page