- kumara885
- 6 hari lalu
- 1 min membaca

Arak di sekolah: Garis panduan sedia ada terpakai, tiada perubahan - Fahmi
PUTRAJAYA – Jemaah Menteri memutuskan bahawa amalan dan garis panduan sedia ada kekal terpakai berhubung penyajian minuman beralkohol dalam sebarang penganjuran acara di dewan sekolah.
Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil berkata, tiada sebarang perubahan terhadap garis panduan sedia ada.
Bagaimanapun, beliau tidak memperincikan kandungan garis panduan tersebut.
“Dalam Mesyuarat Jemaah Menteri hari ini, isu berkaitan sekolah dan penganjuran acara yang menyediakan atau menyajikan minuman beralkohol telah dibincangkan.
“Jemaah Menteri diingatkan dan telah memutuskan bahawa garis panduan serta amalan sedia ada kekal terpakai tanpa sebarang perubahan.
“Mungkin terdapat laporan di beberapa media mengenai perkara ini, namun Kementerian Pendidikan (KPM) akan mengeluarkan kenyataan susulan. Saya minta rakan-rakan media merujuk kepada Kementerian Pendidikan,” ujarnya.





Komen