top of page

ASEAN ke-47: Lima sidang utama berlangsung hari ini

  • kumara885
  • 27 Okt
  • 1 min membaca
ree

ASEAN ke-47: 5 sidang utama berlangsung hari ini


PETALING JAYA - Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 pada Isnin memberi tumpuan kepada pengukuhan kerjasama ekonomi serantau, transformasi digital, peralihan tenaga bersih dan ketahanan rantaian bekalan.


Setiausaha Akhbar Kanan kepada Perdana Menteri, Tunku Nashrul Abaidah berkata, lima sidang utama dijadual berlangsung hari ini.


“Hari ini, perjalanan diplomasi ASEAN diteruskan dengan lima sidang utama (iaitu) Sidang Kemuncak ASEAN-Republik Korea ke-26, Sidang Kemuncak ASEAN Plus Three ke-28 dan Sidang Kemuncak Regional Comprehensive Economic Partnership (RCEP) ke-5.


“(Turut dijadualkan berlangsung) Sidang Kemuncak Asia Timur ke-20 dan Sidang Kemuncak ASEAN-Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu ke-15,” katanya.


Beliau berkata demikian dalam Taklimat Pejabat Perdana Menteri bersempena Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 di ibu negara hari ini.


Tunku Nashrul juga menambah bahawa Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dijangka turut mengadakan beberapa pertemuan dua hala dengan rakan-rakan pimpinan lain.


“Mengakhiri hari kedua Sidang Kemuncak ASEAN dengan penganjuran Majlis Makan Malam Gala ASEAN bersama para pemimpin ASEAN dan rakan-rakan dialog," tegasnya.



Komen


bottom of page