Bangunan Pusat Tarbiyah Islamiyah Kelantan terbakar
- S.KUMARA
- 25 Nov
- 1 min membaca

KOTA BHARU - Sebuah pejabat pengurusan dan pondok pengawal di bangunan milik Pas iaitu Pusat Tarbiyah Islamiyah Kelantan (PUTIK) di sini terbakar dalam kejadian yang berlaku pada pagi Selasa.
Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Pengkalan Chepa, Pegawai Bomba Kanan 1, Che Mazlan Mohamed berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira jam 5.31 pag mengenai kebakaran tersebut.
Katanya, bertindak atas panggilan tersebut sepasukan anggota pemadam dengan jentera bomba digerakkan ke lokasi kebakaran untuk tindakan lanjut.
"Jentera tiba di lokasi jam 5.40 pagi bersama lapan anggota termasuk pegawai.
"Kebakaran terbabit melibatkan sebuah pondok pengawal berserta pejabat pengurusan PUTIK yang membabitkan kemusnahan sebanyak 80 peratus," katanya dalam satu kenyataan.
Menurut beliau, operasi pemadaman api berjaya dikawal pada jam 5.49 pagi.
"Pada jam 6.48 pagi operasi pemadaman tamat sepenuhnya.- malaysiatoday





Komen