top of page

Bantuan SARA ditambah selepas PRN Sabah - PM Anwar

  • Editorial
  • 28 Nov
  • 1 min membaca
ree


KOTA KINABALU - Sumbangan Asas Rahmah (SARA) yang dihulurkan kerajaan kepada rakyat di negara ini akan ditambah selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) Ke-17 Sabah nanti.


Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, sebelum ini beliau belajar tentang SARA daripada seorang wanita di Sulaman.


Katanya, wanita itu pernah mendoakannya menjadi Perdana Menteri sejak beberapa dekad lalu.


"Dari mana saya belajar bukan daripada ahli Parlimen, bukan daripada timbalan menteri atau menteri. Saya belajar daripada kakak kampung Sulaman itu. Kerana dia cakap dari hati. Saya tengok mata dia. Ia menyentuh hati saya," katanya.


Pengerusi Pakatan Harapan itu berkata demikian dalam ucapan sempena Grand Finale Harapan Urang Sabah di Kota Kinabalu bersempena PRN Sabah pada malam Khamis di sini.


Tambah Ahli Parlimen Tambun itu lagi, diisebabkan itu dia mewujudkan bantuan SARA demi rakyat.


Dalam pada itu, ketika berinteraksi dengan orang ramai, Anwar sempat bertanya mengenai penerimaan dan keinginan mereka terhadap bantuan SARA.


"Ada dapat tunai Rahmah? Gembira dapat tunai Rahmah? Ada dapat SARA? Mau lagi SARA? Tambah lagi? Lepas pilihan raya," katanya.


Anwar berkata, pihaknya akan menambah jumlah SARA selepas PRN Sabah. - malaysiatoday.com.my


Komen


bottom of page