top of page

Barang milik Alebert Tei dirampas ikut prosedur - SPRM

  • EDITOR
  • Dec 1
  • 1 min membaca
ree

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pencerahan Rasuah Malaysia pada hari ini menafikan dakwaan kononnya pihaknya merampas barangan milik ahli perniagaan, Albert Tei Jiann Cheing, tanpa mematuhi prosedur yang ditetapkan.


Bahagian Komunikasi Strategik SPRM sebaliknya berkata, segala barang milik Albert Tei yang disita pada hari penahanannya telah direkodkan mengikut prosedur yang ditetapkan serta disahkan sendiri oleh individu tersebut.


Katanya, senarai lengkap rampasan itu telah ditandatangani Albert, dan satu salinan dokumen Senarai Penyitaan Harta Alih di bawah Seksyen 33 Akta SPRM 2009 turut diserahkan kepadanya pada 28 November lalu.


“Antara barangan yang disita terdiri daripada telefon bimbit, iPad dan perakam video digital yang merupakan barang bukti.


“SPRM menafikan sekeras-kerasnya dakwaan tanpa asas bahawa pegawai SPRM telah merampas barangan Albert Tei tanpa mengikut prosedur,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.


Katanya, SPRM sentiasa melaksanakan tugas mengikut peruntukan undang-undang dan peraturan yang ditetapkan dalam bidang kuasa.


Sebelum ini media melaporkan bahawa peguam yang mewakili isteri Albert Tei mendakwa SPRM telah merampas barangan Albert Tei secara tidak sah.


Peguam itu turut memberi tempoh tiga hari kepada SPRM untuk mengeluarkan inventori harta yang didakwa dirampas ketika penahanan Albert tiga hari lalu.

Komen


bottom of page