Bayi perempuan dalam beg kitar semula luar rumah
- kumara885
- 28 Okt
- 1 min membaca

Bayi perempuan dalam beg kitar semula luar rumah
SUBANG JAYA – Seorang bayi perempuan dipercayai baru lahir ditemui di dalam sebuah beg kitar semula di luar sebuah rumah di Jalan USJ 9/5K di sini pada Isnin.
Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat berkata, kejadian tersebut dimaklumkan oleh orang awam.
"Polis menerima maklumat daripada orang awam mengenai penemuan bayi yang masih hidup dan masih bertali pusat itu pada jam 10.27 pagi.
"Siasatan mendapati bayi perempuan cukup sifat itu dijumpai dalam keadaan tidak berpakaian dengan uri masih berdarah di dalam beg kitar semula berwarna biru," katanya dalam kenyataan pada Isnin.
Katanya, bayi itu segera dibawa ke Hospital Shah Alam untuk rawatan lanjut.
"Hasil pemeriksaan mendapati bayi berkenaan mempunyai berat 2.6 kilogram dan panjang 43 sentimeter.
"Kita sedang menjalankan siasatan terperinci untuk mengesan individu yang bertanggungjawab melakukan perbuatan itu," tegasnya lagi.





Komen