top of page
  • kumara885
  • 3 hari lalu
  • 1 min membaca
Timbalan KP KL baharu Datuk Mohd Azani
Timbalan KP KL baharu Datuk Mohd Azani

Bekas juruiring YDPA dilantik sebagai Timbalan KP KL baharu


KUALA LUMPUR – Bekas Juruiring Polis kepada Yang di-Pertuan Agong, Datuk Mohd Azani Omar, kini diangkat sebagai Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur yang baharu.


Mohd Azani menggantikan penyandangnya Mohamed Usuf Jan Mohamad yang bersara wajib selepas hampir 37 tahun berkhidmat dalam pasukan Sang Saka Biru tersebut.


Majlis serah terima tugas penuh beristiadat itu telah dihadiri dan disaksikan oleh Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur pada Isnin.


Majlis berkenaan dimulakan dengan upacara pemakaian pangkat diikuti penandatanganan dan pertukaran dokumen serah terima tugas antara Mohd Azani dan Mohamed Usuf.


Turut berlangsung di majlis yang sama adalah serah terima tugas jawatan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) antara Asisten Komisioner Anuwal Ab Wahab dan Asisten Komisioner Wong Yuen Chuan, serta serah terima jawatan Ketua Polis Daerah Dang Wangi antara Senior Asisten Komisioner Sulizmie Affendy Sulaiman dan Asisten Komisioner Sazalee Adam.


Sulizmie dilantik sebagai juruiring baharu YDPA menggantikan tempat Mohd Azani.


Fadil dalam ucapannya menzahirkan ucapan tahniah kepada Mohd Azani atas pelantikan tersebut yang disifatkannya sebagai satu pengiktirafan terhadap kecekapan dan komitmen beliau dalam menerajui pasukan keselamatan.


Beliau menaruh harapan tinggi terhadap pengalaman luas Mohd Azani mampu membantu beliau meletakkan ibu kota ke arah kecemerlangan dan kesejahteraan.


Komen


bottom of page