top of page

Bekas Timbalan Pengarah jabatan kerajaan ditahan rasuah RM35,000

  • kumara885
  • 8 Nov 2025
  • 1 min membaca


GEORGE TOWN – Seorang bekas timbalan pengarah sebuah jabatan kerajaan ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pulau Pinang kerana disyaki menerima rasuah berjumlah kira-kira RM35,000 daripada seorang kontraktor.


Menurut sumber SPRM, wang tersebut dipercayai diterima sebagai balasan pemberian projek tender daripada jabatan tempat suspek bertugas ketika itu.


Difahamkan, lelaki berusia lingkungan 50-an itu ditahan kira-kira jam 10 pagi Jumaat ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM Pulau Pinang.


“Siasatan awal mendapati suspek disyaki melakukan perbuatan itu pada tahun 2022 dan dipercayai menerima wang berkenaan melalui transaksi pemindahan ke akaun bank peribadi serta secara tunai,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.


Sementara itu, Pengarah SPRM Pulau Pinang, Datuk S Karunanithy ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut.


Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 16(a)(B) Akta SPRM 2009 dan suspek ditahan selama 24 jam sebelum dibebaskan dengan jaminan SPRM.


Komen


bottom of page