Bersatu pecat Wan Saiful, gantung keahlian Wan Ahmad Fayhsal
- kumara885
- 14 Okt
- 1 min membaca

KUALA LUMPUR, 14 Oktober - Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) telah memecat keahlian Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi, Datuk Wan Saiful Wan Jan, susulan pelanggaran perlembagaan dan kod etika parti.
Malah, seorang lagi pemimpin parti itu iaitu Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal pula telah digantung hak keahliannya bagi tempoh satu penggal di bawah Fasal 22.5 Perlembagaan Bersatu.
Kenyataan rasmi Lembaga Disiplin Bersatu pada Selasa memaklumkan bahawa, keputusan itu dibuat selepas menerima aduan bertulis daripada ahli parti terhadap beberapa individu yang didakwa melanggar peruntukan perlembagaan dan tatakelakuan ahli.
"Rentetan aduan itu, sesi pendengaran telah diadakan oleh Bersatu pada 8 Oktober 2025, dan tindakan disiplin diambil berdasarkan siasatan menyeluruh serta selaras dengan Fasal 9.1.4 dan Kod Etika & Tatakelakuan Ahli.
Selain Wan Saiful, empat lagi ahli turut dipecat oleh parti terbabit iaitu Mohd Azrudin Md Idris, Mohd Faizal Asmar, Mohd Fahdli Ismail dan Mohd Isa Mohd Saidi.
Lembaga Disiplin menegaskan bahawa semua keputusan dibuat secara bebas, telus dan adil tanpa campur tangan pihak luar.
Ahli yang dikenakan tindakan berhak mengemukakan rayuan kepada Lembaga Rayuan dalam tempoh 14 hari.
“Lembaga Disiplin menyeru semua ahli agar terus mematuhi perlembagaan dan kod etika demi menjaga integriti serta nama baik parti,” tegas kenyataan itu lagi.



Komen