top of page
  • kumara885
  • 16 minit lalu
  • 1 min membaca
Bersatu Sepang desak presiden parti Muhyiddin meletakkan jawatan tersebut
Bersatu Sepang desak presiden parti Muhyiddin meletakkan jawatan tersebut

SEPANG – Beberapa pihak dalam Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) didakwa menggesa Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya berundur daripada kepimpinan tertinggi bagi memulihkan kestabilan dan memperkukuh perpaduan dalaman parti tersebut.


Ketua Bahagian Bersatu Sepang, Datuk Suhaimi Mohd Ghazali berkata, gesaan itu bukan sahaja datang daripada beberapa pihak dalam parti, malah turut disuarakan oleh akar umbi dan kepimpinan bahagian yang tidak berpuas hati terhadap cara pengurusan konflik dalaman serta kemerosotan sokongan terhadap Presiden parti itu.


“Sekiranya Tan Sri Muhyiddin berundur sekarang, ia akan dianggap sebagai tindakan terhormat serta mencerminkan kepimpinan yang mendahulukan kepentingan parti berbanding kepentingan peribadi,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.


Menurut beliau, jika Muhyiddin terus mempertahankan jawatan presiden tanpa sokongan majoriti dalam parti itu.


Ia dikhuatiri Bersatu akan berdepan perpecahan dan kehilangan kekuatan politik menjelang pilihan raya akan datang, sekali gus menjejaskan kedudukan Perikatan Nasional (PN).


“Gesaan ini bukan didorong oleh kebencian, sebaliknya merupakan peluang terakhir untuk parti melaksanakan penyusunan semula kepimpinan, memperkukuh kepercayaan dalam kalangan ahli serta memulihkan keyakinan rakyat terhadap perjuangan Bersatu,” katanya lagi.


Komen


bottom of page