top of page

BN sudah serah nama calon jawatan menteri, timbalan menteri untuk bentuk kabinet Sabah

  • Editorial
  • 1 Dis
  • 1 min membaca
ree

KUALA LUMPUR - Barisan Nasional (BN) sudah mengemukakan senarai nama calon untuk dipertimbangkan bagi jawatan Menteri dan Timbalan Menteri dalam pembentukan kabinet baharu kerajaan negeri Sabah.


Pengerusinya Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, proses pembentukan kerajaan baharu di Sabah kini berjalan mengikut aturan selepas parti-parti yang mendukung kerajaan diminta menghantar nama calon masing-masing.


"Kita telah diminta (mengemukakan senarai calon) dan BN telah pun menyerahkannya," katanya pada sidang media di Parlimen Bagan Datuk hari ini.


Beliau terdahulu hadir mendengar taklimat mengenai situasi banjir negara di Pejabat Daerah dan Tanah Bagan Datuk di sini lada Isnin.


Timbalan Perdana Menteri itu turut menambah bahawa kerjasama antara parti dalam gabungan itu terutama hubungan dengan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) berada dalam keadaan baik dan tersusun.


Katanya, koordinasi yang terjalin itu penting untuk memastikan proses pembentukan kerajaan negeri berjalan lancar tanpa pertikaian yang boleh menggugat kestabilan politik.


“Saya sendiri telah menghubungi Ketua Menteri yang baharu dan Perdana Menteri bagi memastikan kestabilan politik di Sabah dapat dicapai secara bersama demi kesejahteraan rakyat di Sabah.


"Walaupun pada peringkat awal, mungkin kecukupan majoriti mudah di kerajaan negeri itu dipertikai, tetapi jelas usaha-usaha yang dilakukan secara terselaras membuahkan hasil.


"Saya juga berterima kasih kepada Yang di-Pertua Negeri Sabah atas nasihat dan pandangan yang diberikan," katanya..," ujarnya lagi.

Komen


bottom of page