BSN jalani selenggaraan sistem berjadual
- kumara885
- 24 Okt
- 1 min membaca

SHAH ALAM - Bank Simpanan Nasional (BSN) akan menjalankan penyelenggaraan sistem berjadual bagi meningkatkan keselamatan dan prestasi perkhidmatan bermula 24 hingga 26 Oktober ini.
BSN dalam kenyataannya memaklumkan bahawa beberapa perkhidmatan akan tergendala buat sementara waktu dalam tempoh berkenaan, bermula jam 10.45 malam hingga 6 pagi.
“Perkhidmatan yang akan tergendala membabitkan transaksi kad debit dan kad kredit BSN melalui perbankan internet myBSN dan aplikasi myBSN Mobile, BSNeBiz, mesin pengeluaran automatik (ATM), mesin deposit tunai (CDM) dan mesin kitar semula tunai (CRM).
"Perkhidmatan lain yang turut tergendala adalah pembelian dalam talian yang memerlukan kelulusan bayaran melalui enam digit nombor PIN, semua transaksi kad debit BSN termasuk di ejen bank, transaksi kad kredit BSN melalui DuitNow, serta perkhidmatan kad dan akaun melalui perbankan internet myBSN dan aplikasi myBSN Mobile dan BSNeBiz," katanya di sini.





Komen