top of page

'Carrier' membawa masuk warga asing secara tidak teratur di KLIA tumpas

  • S.KUMARA
  • 7 hari lalu
  • 2 min membaca
ree

KUALA LUMPUR - Sindiket yang menggunakan 'carrier' mengatur kaunter Imigresen untuk membawa masuk warga asing secara tidak teratur menerusi Terminal 2 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, Sepang akhirnya berjaya dibongkar dan ditumpaskan pihak berkuasa Imigresen Malaysia.


Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia Datuk Zakaria Shaaban berkata, JIM telah menjalankan satu Operasi Khas di sekitar Kuala Lumpur International Airport, Terminal 2 (KLIA T2) pada 1 Disember lalu.


Katanya, operasi yang bermula jam 6.40 petang melibatkan sepasukan pegawai pelbagai pangkat dari Bahagian Perisikan dan Operasi Khas, Ibu Pejabat Imigresen Putrajaya dengan kerjasama Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS).


Katanya, berdasarkan risikan selama 2 minggu, pasukan operasi telah diatur gerak ke lokasi dan berjaya menahan seorang lelaki warga tempatan yang dipercayai memainkan peranan sebagai‘carrier’ dengan membawa masuk warga asing secara tidak teratur.


ree

Zakaria menjelaskan bahawa turut ditahan seorang lelaki warga Saint Kitts and Nevis serta seorang perempuan warga China yang dipercayai migran yang dibawa masuk secara tidak teratur.


"Kesemua tiga individu itu yang ditahan adalah berusia di antara 25 hingga 34 tahun dan semakan semakan awal mendapati kedua-dua warga asing yang ditahan memiliki Pas Lawatan Sosial (PLS) yang masih sah laku.


"Pasukan operasi turut berjaya menyita satu naskhah pasport China, satu naskhah pasport Saint Kitts and Nevis, satu naskhah pasport Malaysia, cap keselamatan imigresen, telefon bimbit dan wang tunai berjumlah RM23,100.00.


"Geng ini menggunakan modus operandi seorang individu berperanan sebagai ‘carrier’ iaitu warga Malaysia yang bertanggungjawab membawa migran ke kaunter yang telah ditetapkan untuk memudahkan migran melepasi kaunter pemeriksaan.


ree

" ‘Carrier’ akan memberi arahan kepada migran berkaitan laluan yang akan digunakan ke kaunter yang telah di ‘setting’ berserta lakaran atau gambaran kedudukan kaunter yang akan digunakan," katanya dalam kenyataan kejayaan itu pada Rabu.


"Pegawai yang bertugas di kaunter pemeriksaan disyaki terlibat dengan mengetahui lebih awal pergerakan masuk migran melalui aplikasi Whatsapp apabila ‘carrier’ menghantar gambar pakaian yang dipakai oleh migran bagi memudahkan pegawai mengenalpasti migran yang ingin dilepaskan.


"Carrier’ akan memerhati dari jauh pergerakan migran melepasi kaunter sebelum ‘carrier’ bergerak ke kaunter pemeriksaan yang lain setelah migran berjaya melepasi Kaunter Pemeriksaan Imigresen.

ree

"Kemudian ‘Carrier’ dan migran akan berjumpa semula di pintu balai ketibaan dan akan bergerak bersama-sama untuk keluar dari kawasan KLIA T2. ‘Carrier’ hanya menggunakan isyarat tangan kepada migran bagi mengaburi pihak berkuasa yang berada di kawasan KLIA T2," ujar beliau lagi.


Tambah Zakaria, aktiviti berkenaan dipercayai beroperasi sejak tiga bulan lalu.


Menurutnya lagi, seorang lelaki warga tempatan ditahan kerana disyaki telah melakukan kesalahan di bawah Sek.12(1)(f) Akta Pasport 1966.


Justeru katanya, seorang lelaki warga Saint Kitts and Nevis dan seorang perempuan warga China pula turut ditahan kerana disyaki telah melakukan kesalahan di bawah Sek.56(1A)(a) Akta Imigresen 1959/63.


ree

Beliau turut menegaskan bahawa ketiga -tiga suspek yang ditahan dibawa ke Pejabat Imigresen Putrajaya untuk tindakan lanjut.


"Sementara itu, tiga lelaki dan satu perempuan tempatan turut diberikan Notis untuk hadir ke pejabat bagi membantu siasatan lanjut Imigresen dalam tangkapan ini.


"Jabatan ini akan terus komited melaksanakan penguatkuasaan secara berterusan dan tegas bagi membanteras apa jua aktiviti yang melanggar undang-undang negara ini agar keselamatan dan kedaulatan negara sentiasa terpelihara selaras dengan hasrat kerajaan MADANI," ujar beliau.


Komen


bottom of page