top of page

Cederakan wartawan sukan: Suspek mungkin salah orang - Polis

  • S.KUMARA
  • 27 Nov
  • 1 min membaca
ree

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak menolak kemungkinan suspek yang ditahan kerana menyerang dan mencederakan wartawan sukan, Haresh Deol telah tersalah sasaran.


Ketua Polis Kuala Lumpur Komisioner Datuk Fadil Marsus berkata, siasatan awal pihaknya mendapati serangan terhadap individu terbabit dipercayai berunsur peribadi akibat gangguan terhadap isteri suspek tersebut.


“Ia (motif) seperti ada gangguan terhadap isteri dia (suspek) jadi lebih kepada peribadi namun nampak macam salah sasaran pun ada kerana dia mahu pukul yang kacau isterinya tetapi salah orang.


“Bagaimanapun, semua ini kita bandingkan dengan semua keterangan dan siasatan masih dijalankan,” katanya pada sidang media di ibu negara Khamis.


Beliau berkata demikian selepas merasmikan Program Kesejahteraan Komuniti 'Disiplin Terjaga, Generasi Terbina' Tahun 2025 di Pusat Konvensyen HGH di sini.


Tambah Fadil lagi, pihaknya akan melengkapkan kertas siasatan kes tersebut untuk diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara (AGC) bagi arahan tindakan lanjut.


“Tangkapan setakat ini membabitkan seorang individu yang kini direman. Namun kita akan angkat kepada AGC dan kemukakan cadangan untuk menuduh suspek,” tegasnya. -malaysiatoday.com.my




Komen


bottom of page