top of page

Cinta tiga segi: Lelaki tembak mati kawan rapat demi perempuan

  • EDITOR
  • 26 Nov
  • 1 min membaca
ree

Cinta tiga segi: Lelaki tembak mati kawan rapat kerana perempuan


UTTAR PRADESH - Bahana cinta tiga segi, seorang lelaki sanggup membunuh rakan sejati sendiri demi seorang wanita yang dicintainya.


Insiden yang berlaku di kawasan Adarsh Nagar yang terletak di bandaraya Aligarh itu telah mencetuskan panik dan kejutan dalam kalangan penduduk tempatan kata polis tempatan pada Selasa.


Siasatan awal polis mendedahkan bahawa kedua-dua suspek dan mangsa jatuh cinta pada wanita yang sama dan berlaku pergelutan sesama mereka yang berakhir dengan tragedi.


Identiti suspek yang dikenalpasti sebagai Bablu dan rakannya Aryan Pandit dipercayai bercinta wanita yang sama yang kemudian membawa kepada insiden pembunuhan tersebut.


Saksi kejadian berkata, tiga lelaki dilihat berbual berhampiran motosikal sebelum dua lagi lelaki tidak dikenali tiba ke lokasi menaiki motosikal.


"Bablu menampar Aryan sebelum menembaknya dari jarak dekat dan meloloskan diri dari lokasi kejadian tersebut.


"Polis yang kebetulan terlibat dalam rondaan pencegahan jenayah bergegas laju ke lokasi insiden tersebut," kata saksi tersebut.


Polis kemudian membawa mangsa tembak ke hospital Kolej Perubatan JN berhampiran untuk rawatan segera namun Aryan disahkan meninggal dunia semasa menerima rawatan.


Polis dan forensik telah mengumpul bukti di lokasi tembak dan memulakan siasatan lanjut selepas membuka Laporan maklumat pertama (FIR).


"Kita akan melakukan siasatan berdasarkan maklumat dan bukti yang diperolehi untuk tindakan lanjut mengesan serta menjejaki suspek," kata seorang pegawai kanan polis Uttar Pradesh.- Indiatoday


Komen


bottom of page