top of page
  • kumara885
  • 17 Okt
  • 1 min membaca
ree


PETALING JAYA, 16 Oktober – PLUS Malaysia Berhad (PLUS) menjangkakan sebanyak 2.2 juta kenderaan sehari akan menggunakan rangkaian lebuh raya pada 17, 18 dan 21 Oktober ini bersempena sambutan Deepavali dan cuti sekolah tambahan yang diumumkan kerajaan.


PLUS dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan bahawa, syarikat itu sudah bersiap sedia menghadapi lonjakan trafik tinggi itu dengan memberi tumpuan kepada pengurusan kesesakan, pengagihan trafik dan keselesaan pengguna bagi memastikan perjalanan yang lebih lancar dan selamat.


“Pengguna lebuh raya disarankan untuk merancang perjalanan lebih awal dan mendapatkan jadual perjalanan menerusi MyPLUS-TTA di aplikasi PLUS bagi perjalanan di Lebuh Raya kendalian PLUS dan di Lebuh Raya Pantai Timur 2 (LPT2) di antara 17 hingga 22 Oktober 2025 akan datang.


“PLUS menasihatkan orang ramai supaya menyusun jadual perjalanan mereka berdasarkan MyPLUS-TTA bukan sahaja bagi perjalanan keluar dari Lembah Klang untuk pulang ke kampung, malah menyusun jadual perjalanan kembali semula ke Lembah Klang selepas bercuti sempena Deepavali,” katanya.


Sementara itu, bagi melancarkan trafik di lokasi tumpuan, PLUS akan mengaktifkan smart lane di 28 lokasi sepanjang lebuh raya kendaliannya.


Jelas PLUS, pengaktifan lorong tambahan itu akan dimaklumkan menerusi papan tanda khas dan lampu hijau berkelip (green flashing light) di lokasi terlibat.


Komen


bottom of page