- kumara885
- 3 hari lalu
- 1 min membaca

Diskaun JPJ 50 peratus: Jelaskan saman terunggak dalam tempoh 2 bulan
SUNGAI PETANI- Para pengguna jalan raya di negara ini diberi tempoh selama dua bulan untuk segera menjelaskan saman tertunggak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dengan kadar diskaun sebanyak 50 peratus bermula 1 November hingga 30 Disember ini.
Ketua Pengarah JPJ, Datuk Aedy Fadly Ramli berkata diskaun berkenaan terpakai untuk semua jenis saman kecuali yang tidak boleh dikompaun.
Katanya, orang ramai yang masih mempunyai saman tertunggak diminta mengambil peluang ditawarkan itu, dengan melakukan pembayaran di kaunter JPJ atau saluran pembayaran disediakan.
"Kita menggesa semua rakyat mengambil peluang yang diberi dalam tempoh dua bulan ini bagi menjelaskan saman masing-masing kerana kita akan memulakan diskaun 50 peratus mulai 1 November hingga 30 Disember 2025.
"Ia untuk semua jenis saman, bukan untuk saman AwAS (Saman Sistem Keselamatan Kesedaran Automatik), Notis Temu Siasat (114) dan Notis Saman Tampal/JPJ(P)23 (115) yang kita gerakkan dari awal tahun lepas, tapi untuk semua jenis saman kecuali saman yang tidak boleh dikompaun iaitu yang perlu dibawa ke mahkamah.
"Orang ramai diharap dapat berbuat demikian kerana mulai 1 Januari 2026 tiada lagi diskaun dikeluarkan kepada umum termasuklah saman JPJ dan saman PDRM," katanya pada Sidang Media Khas Op Gempur di sini, malam tadi.





Komen