top of page
  • kumara885
  • 3 jam lalu
  • 1 min membaca
ree


KUALA LUMPUR - Kempen pengurangan bayaran saman trafik sebanyak 70 peratus yang ditawarkan Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman tidak terpakai bagi kesalahan yang tidak boleh dikompaun (NC).


Pengarah JSPT Bukit Aman, Komisioner Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata, selain itu, tawaran pengurangan terbabit adalah tertakluk kepada nilai kompaun semasa, dengan kadar minimum iaitu RM30 sahaja.


"Urusan penyelesaian saman boleh dilaksanakan melalui platform MyBayar PDRM bagi pengguna berdaftar dengan MyDigital ID, serta di semua kaunter trafik daerah dan pejabat pos di seluruh negara,” katanya dalam kenyataan pada Khamis.


Mohd Yusri berkata, kempen terbabit akan dilaksanakan bermula 1 November ini hingga 30 Disember depan.


Beliau berkata, kempen itu selaras dengan keputusan kerajaan menyelaras semula kadar serta kaedah kompaun saman trafik Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yang akan berkuat kuasa 1 Jan 2026 berasaskan prinsip "The Less You Delay, The Less You Pay.”


"Orang ramai boleh menikmati kadar kompaun yang lebih rendah sekiranya bayaran dibuat lebih awal,” katanya.


Mohd Yusri turut menggalakkan orang ramai menyelesaikan saman sebelum 30 Dis ini sebagai sokongan kepada usaha kerajaan membentuk budaya pemanduan yang lebih bertanggungjawab, berdisiplin dan selamat.


Komen


bottom of page