top of page
  • kumara885
  • 17 Okt
  • 1 min membaca
Dua beradik ditemui mati berkeadaan ngeri dalam rumah di Alor Gajah
Dua beradik ditemui mati berkeadaan ngeri dalam rumah di Alor Gajah

ALOR GAJAH, 17 Oktober - Dua beradik ditemukan maut dalam keadaan mengerikan di sebuah rumah di Taman Cempaka 2, Durian Tunggal di sini malam tadi.


Menurut sumber, mayat mangsa yang dipercayai abang ditemukan dengan kesan tetakan manakala mayat adik lelakinya ditemukan dalam keadaan tergantung.


Katanya, mayat lelaki pertama disedari orang awam yang memaklumkannya kepada pihak polis kira-kira jam 7 malam tadi.


"Sebaik anggota polis tiba di tempat kejadian, didapati seorang lagi lelaki berada dalam bilik berlainan dalam keadaan tergantung.


"Kes termasuk punca kejadian masih dalam siasatan polis," jelasnya lagi.


Komen


bottom of page