top of page

Dua kanak-kanak tunggang basikal maut dirempuh kereta, pemandu ditahan

  • Editorial
  • Nov 22
  • 1 min membaca
ree


YAN - Dua kanak-kanak lelaki maut selepas dirempuh dari arah belakang oleh sebuah kereta ketika menunggang basikal di Kampung Sedaka Tengah di sini pada Sabtu.


Kejadian yang berlaku sekitar jam 9.15 pagi itu menyebabkan kedua-dua mangsa mengalami kecederaan parah di kepala dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian tersebut.


Ketua Polis Daerah Yan, Superintenden Mohamad Hamizi Abdullah ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut.


Katanya, pada jam lebih kurang 9.25 pagi, polis menerima makluman awal daripada orang awam membabitkan kes kemalangan di Jalan Sedaka Tengah membabitkan sebuah kenderaan dan sebuah basikal.


“Dua kanak-kanak maut di lokasi kejadian namun perkembangan kes akan dimaklumkan kemudian,” katanya.


Tambah beliau, kes sedang disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.


Dalam pada itu, pemandu kereta yang disyaki terlibat kemalangan maut membabitkan dua kanak-kanak yang sedang menunggang basikal itu akhirnya berjaya ditahan polis pada Sabtu.


Katanya, pemandu kereta itu ditahan untuk diambil keterangan.


Menurutnya, hasil ujian saringan awal air kencing terhadap lelaki berusia 33 tahun itu mendapati negatif dadah.


Komen


bottom of page