top of page

'Duit ambil, itu rezeki tapi tetap undi BN' - Ahmad Zahid

  • Editorial
  • 22 Nov
  • 1 min membaca

ree

KOTA KINABALU - Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mendakwa pihaknya mengetahui ada parti yang memberikan wang tunai kepada pengundi di Sabah.


Ahmad Zahid akui, ia merupakan rezeki pengundi namun dalam masa sama, beliau mengingatkan pengundi di Sabah supaya tetap memilih BN.


"Kita dapat tahu, ada parti dan gabungan yang memberikan wang tunai untuk pengundi. Ada yang memberi RM300, RM500 malah RM1,000.


"Itu rezeki, ambillah wang itu tetapi hati dan undi tetap kepada BN.


"Namun takkan kita sanggup kerana RM300, RM500 malah RM1,000, rakyat Sabah akan sengsara selama lima tahun lagi," katanya ketika berucap sempena Pelancaran Manifesto Barisan Nasional Sabah di Pejabat UMNO Sabah, pada Sabtu.


Dalam pada itu, beliau berkata, pihaknya akan memantau pelaksanaan manifesto berkenaan.


"Saya akan memantau pelaksanaan ini satu-persatu jika kita mentadbir Sabah.


"Saya akan tentukan ada pengukur prestasi utama (KPI) yang akan dilaksanakan. Selain itu, saya akan tentukan ada Bidang Keberhasilan Utama Nasional (NKRA)," katanya.


Justeru itu, Ahmad Zahid berharap rakyat Sabah dapat memberikan peluang kepada BN.


Komen


bottom of page