Enam cedera membabitkan 4 kenderaan termasuk lori terbabas
- kumara885
- 24 Okt
- 1 min membaca

KLANG – Polis telah mengesahkan bahawa enam individu cedera dalam kemalangan empat kenderaan termasuk sebuah lori muatan tanah yang terbabas di persimpangan lampu isyarat di Jalan Bukit Cerakah di sini, hari ini.
Timbalan Ketua Polis Daerah Klang Utara, Pemangku Superintendan Mohd. Rahimi Zainol berkata, pihaknya bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan melibatkan dua lori dan kereta itu, kira-kira pukul 10 pagi.
Katanya, siasatan awal mendapati kemalangan pukul 8.57 pagi itu berlaku apabila lori membawa muatan tanah menuruni bukit hilang kawalan.
“Kenderaan berat itu kemudian terbabas dan menggelongsor ke kanan jalan lalu melanggar tiga kenderaan lain.
“Kejadian itu mengakibatkan enam mangsa dan dibawa ke hospital bagi mendapatkan rawatan lanjut,” katanya hari ini.
Tambah Mohd. Rahimi, pemandu lori tanah iaitu lelaki tempatan berusia 35 tahun cedera ringan dibawa ke balai polis bagi tindakan lanjut.





Komen