top of page
  • kumara885
  • 4 hari lalu
  • 1 min membaca
Liverpool rekod kekalahan keempat dalam EPL selepas dilanyak oleh Brentford pada aksi awal pagi Ahad waktu tempatan.
Liverpool rekod kekalahan keempat dalam EPL selepas dilanyak oleh Brentford pada aksi awal pagi Ahad waktu tempatan.

ANFIELD - Juara Liga Perdana Inggeris musim lalu Liverpool terus dilanda musibah apabila sekali lagi kalah dalam satu lagi aksi yang berlangsung malam Ahad.


Kelab the Kops dilanyak 3-2 oleh Brentford dalam aksi yang berlangsung di Stadium Gtech Komuniti.


Ia sekali gus menyaksikan Liverpool merekodkan empat kekalahan berturut-turut pada kali ini.


Mengulas kekalahan itu, pengendali The Reds, Arne Slot mengakui prestasi pasukan mengecewakan, khususnya dalam menghadapi bola mati dan serangan balas lawan.


Gol Brentford hadir seawal minit ke-5 melalui Dango Ouattara, diikuti gol Kevin Schade(m-45) sebelum sepakan penalti Igor Thiago (m-60) memastikan kemenangan tuan rumah.


Mohamed Salah hanya mampu menjaringkan gol tunggal pada minit akhir permainan yang tidak mencukupi untuk mengubah nasib pasukan.


Satu lagi gol Liverpool dijaringkan Milos Kerkez pada penghujung masa tambahan babak pertama.


Liverpool kini perlu segera memulihkan rentak menjelang aksi menentang Crystal Palace (Piala Liga Inggeris) Khamis ini, diikuti Aston Villa, Real Madrid (Liga Juara-Juara) dan Manchester City.


Komen


bottom of page