top of page

FAM terima keputusan FIFA, akan heret ke CAS

  • kumara885
  • 5 hari lalu
  • 1 min membaca
ree

PERSATUAN Bolasepak Malaysia (FAM) mengesahkan telah menerima keputusan rasmi daripada Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) hari ini, yang menolak rayuan berhubung isu tujuh pemain warisan negara.


Pemangku Presiden FAM, Datuk Mohd Yusoff Mahadi berkata, pihaknya akan menulis kepada FIFA bagi mendapatkan butiran penuh serta alasan bertulis berhubung keputusan berkenaan, sebelum menentukan langkah seterusnya bagi mengemukakan rayuan ke Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS).


"Ini merupakan kali pertama FAM berdepan dengan situasi seperti ini, dan pihak peguam serta pengurusan kami amat terkejut dengan keputusan tersebut.


"Walau bagaimanapun, FAM akan terus teguh memperjuangkan hak para pemain dan kepentingan bola sepak Malaysia di peringkat antarabangsa.


Kita akan menuntut FIFA megemukakan butiran penuh dan alasan bertulis keputusan yang dikekalkan itu,” katanya.


Komen


bottom of page