top of page
  • kumara885
  • 4 hari lalu
  • 1 min membaca
Tengku Mahkota Ismail
Tengku Mahkota Ismail

FAM tidak patut gantung Setiausaha Agung - Tengku Mahkota Ismail



PETALING JAYA – Pemangku Sultan Johor berpendapat bahawa keputusan menggantung Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Noor Azman Rahman ekoran isu dokumentasi tujuh pemain warisan adalah tindakan tidak wajar.


Tunku Mahkota Ismail bertitah bahawa semua pihak bertanggungjawab dalam projek pasukan kebangsaan perlu turut sama mengambil tanggungjawab dalam isu berbangkit tersebut.


“Saya tidak bersetuju. Secara jujurnya, saya rasa penggantungan terhadap Setiausaha Agung FAM tidak patut. Saya tidak setuju dengan tindakan itu.


“Bagi saya, semua pihak perlu memikul tanggungjawab ini. Termasuk Ketua Pegawai Eksekutif (pasukan kebangsaan, Rob Friend) dan semua yang terlibat,” katanya pada sidang media di sini semalam.


Bagaimanapun, Tunku Mahkota Ismail menjelaskan baginda tidak berminat untuk menuding jari atau mencari salah mana-mana pihak sebaliknya lebih fokus kepada mencari penyelesaian terbaik.


“Secara jujur, saya tidak berminat bermain ‘permainan menyalahkan’, kita di sini untuk mencari penyelesaian. Saya tidak berminat untuk menyalahkan sesiapa, tetapi saya mahu cari jalan bagaimana kita boleh selesaikan perkara ini,” katanya.


Komen


bottom of page