- kumara885
- 3 hari lalu
- 1 min membaca

LANGKAWI – Tiga buah feri yang berlabuh di sebuah dermaga di sini telah musnah dalam insiden kebakaran awal pagi tadi.
Ketua Zon 4 Langkawi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Penguasa Bomba Mohd. Zamri Abdul Ghani berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada pukul 2.29 pagi tadi.
Katanya, bertindak atas maklumat itu anggota pemadam dengan jentera pemadam telah digerakkan ke tempat kejadian.
“Setibanya di lokasi, kebakaran melibatkan tiga buah feri yang didapati sedang marak.
“Ketiga-tiga feri itu masing-masing musnah 90 peratus, 70 peratus dan 10 peratus di bahagian kiri,” katanya di sini hari ini.
Beliau berkata, tiada mangsa yang terlibat dalam kejadian kebakaran tersebut.
Tambah beliau, operasi pemadaman melibatkan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Persiaran Putra, Langkawi dan Padang Matsirat.
“Anggota menjalankan kerja-kerja pemadaman menggunakan air dari pili bomba dengan bantuan tangki air serta satu aliran buih,” jelasnya lagi.





Komen