top of page

FIFA akan tentukan nasib FAM 30 Oktober ini

  • kumara885
  • 18 Okt
  • 1 min membaca
ree


PETALING JAYA, 18 Oktober – Tarikh keputusan berhubung rayuan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) terhadap kes hukuman penggantungan yang dikenakan oleh Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) ke atas 7 pemain warisan Harimau Malaya bakal diketahui pada 30 Oktober ini.


Peguam sukan yang dilantik FAM Serge Vittoz berkata mengesahkan perkara itu dalam satu sidang media khas yang diadakan FAM di Wisma FAM di Kelana Jaya pada Jumaat.


Katanya, rayuan rasmi sudah difailkan oleh pihaknya pada 14 Oktober selepas menerima hukuman yang dikeluarkan Jawatankuasa Tatatertib FIFA pada 26 September lalu.


“Situasi sekarang ialah keputusan asal telah dikeluarkan pada September lalu. Dalam tempoh masa ditetapkan, kami sudah memfailkan rayuan secara rasmi pada 14 Oktober lepas,” katanya dalam sidang media tersebut.


Tambah Vittoz lagi, Jawatankuasa Rayuan FIFA akan menghantar keputusan rayuan kepada FAM pada 30 Oktober ini, sebelum ia disiarkan untuk tatapan umum beberapa hari kemudian.


“Kami dimaklumkan bahawa keputusan rasmi FIFA akan dikeluarkan pada 30 Oktober 2025 oleh Jawatankuasa Rayuan. Kemungkinan besar ia akan dimaklumkan kepada pihak-pihak berkaitan pada hari yang sama atau beberapa hari selepas itu,” katanya.


Tegasnya lagi, proses rayuan itu menjadi peluang penting untuk FAM mengemukakan hujah serta dokumen tambahan yang utuh dan berfakta demi mempertahankan kedudukan mereka di peringkat antarabangsa.


"Jika keputusan Jawatankuasa Rayuan tidak memihak kepada Malaysia, FAM masih mempunyai saluran seterusnya iaitu merujuk segera kes itu ke Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS) bagi proses semakan lanjut.


"Selepas keputusan daripada Jawatankuasa Rayuan ini, jika FAM atau pemain tidak berpuas hati maka mereka bolehlah mengemukakan rayuan kepada CAS tetapi proses itu akan mengambil masa lebih lama untuk diselesaikan," Jelasnya.


Komen


bottom of page