top of page

FIFA Tolak rayuan FAM, tujuh pemain kekal digantung

  • kumara885
  • 4 Nov
  • 1 min membaca
FIFA Tolak rayuan FAM
FIFA Tolak rayuan FAM

FIFA Tolak rayuan FAM, tujuh pemain kekal digantung


RAYUAN Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan tujuh pemain warisan Harimau Malaya berhubung kes pemalsuan dokumen ditolak oleh Jawatankuasa Rayuan Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA).


Dalam satu kenyataan rasmi, FIFA memaklumkan pihaknya mengekalkan keputusan Jawatankuasa Tatatertib FIFA yang mendapati FAM dan tujuh pemain berkenaan melanggar Artikel 22 Kod Tatatertib FIFA (FDC).


Susulan keputusan itu, FAM diarahkan membayar denda sebanyak CHF350,000 (kira-kira RM1.9 juta) kepada FIFA.


Manakala tujuh pemain terbabit iaitu Gabriel Palmero, Facundo Garcés, Rodrigo Holgado, Imanol Machuca, João Figueiredo, Jon Irazábal dan Hector Hevel masing-masing dikenakan denda CHF2,000 (lebih kurang RM10,000) serta digantung selama 12 bulan daripada semua aktiviti bola sepak.


Menurut FIFA, keputusan itu dibuat selepas meneliti dokumen rayuan dan mengadakan sesi pendengaran sebelum memutuskan untuk menolak semua rayuan yang dikemukakan.


“FAM dan pemain telah dimaklumkan mengenai keputusan ini dan mempunyai tempoh 10 hari untuk memohon keputusan bersebab. Selepas itu, mereka diberi 21 hari untuk mengemukakan rayuan ke Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS),” kata kenyataan itu.


Keputusan tersebut sekali gus mengekalkan hukuman asal yang telah dijatuhkan oleh FIFA sebelum ini.



Komen


bottom of page