top of page

Gempa bumi 6.5 skala Richter landa Pantai Barat Sumatera Utara, gegaran dirasai di Malaysia

  • S.KUMARA
  • 27 Nov
  • 1 min membaca
ree

SHAH ALAM - Gempa bumi kuat bermagnitud 6.5 skala Richter dilaporkan berlaku di luar pantai barat Sumatera Utara, Indonesia pada jam 12.56 tengah hari pada Khamis.


Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam kenyataan hari ini memaklumkan bahawa, pusat gempa bumi itu dikesan di 2.7 darjah utara dan 95.9 darjah timur pada kedalaman 57 kilometer dengan jarak 8 kilometer selatan dari Simeulue, Indonesia.


Susulan gempa itu, tiada ancaman tsunami kepada Malaysia.


"Gegaran dirasai di sekitar negeri-negeri Pantai Barat Semenanjung Malaysia," katanya menerusi laman web met.gov.my.


Komen


bottom of page