GRS, PH bakal bentuk kerajaan negeri Sabah
- EDITOR
- 29 Nov
- 1 min membaca

KOTA KINABALU - Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan Pakatan Harapan (PH) akan membentuk kerajaan Sabah pada malam ini kerana kedua-dua parti itu dilaporkan telah memperolehi jumlah kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang mencukupi dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-17 kali ini.
Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), Fuziah Salleh berkata, Pengarah Operasi PKR, Datuk Seri Amirudin Saari sedang mengadakan perbincangan dengan Pengerusi GRS, Datuk Seri Hajiji Noor berhubung soal pembentukan kerajaan negeri oleh gabungan tersebut.
GRS dipercayai menerusi keputusan tidak rasmi berjaya memenangi 29 kerusi DUN Sabah malam ini dan bersedia ke arah membentuk kerajaan negeri sekali lagi.
“Insya-Allah kita cukup jumlah untuk membentuk kerajaan (Sabah) malam ini. Amirudin dan Hajiji (sedang berbincang) untuk membentuk kerajaan (Sabah)
“PH berbesar hati kerana kita jadi sebahagian kerajaan yang akan dibentuk di Sabah,” katanya pada sidang media menjelang keputusan PRN Sabah Ke-17 malam ini di sini. - malaysiatoday.com.my





Komen