- kumara885
- 4 hari lalu
- 1 min membaca

JOHOR BAHRU - Seorang wanita tempatan berkerugian RM100,000 simpanannya selepas menjadi mangsa penipuan apabila nombor WhatsApp milik suaminya digodam pada minggu lalu.
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, mangsa berusia 52 tahun merupakan seorang yang bekerja sebagai guru tadika, manakala suaminya bekerja sebagai pengurus di sebuah syarikat swasta.
Jelas beliau, semasa kejadian berlaku suaminya berada di China atas urusan kerja selama seminggu.
“Mangsa telah menerima mesej WhatsApp yang disangka milik suaminya. Mangsa diminta untuk meminjamkan wang bagi membantu ‘suaminya’ dalam urusan perniagaan atas alasan akaun bank miliknya tidak dapat digunakan.
“Mangsa seterusnya membuat bayaran wang ke akaun pihak ketiga seperti yang diminta pada Jumaat lalu.
“Namun selepas pembayaran dibuat, mangsa menghubungi suaminya untuk bertanyakan mengenai bayaran balik wang tersebut sebelum suaminya memaklumkan nombor WhatsApp miliknya telah digodam,” katanya dalam kenyataan pagi tadi.
Tambah Raub, mangsa yang menyedari dirinya telah ditipu kemudian membuat laporan polis untuk tindakan lanjut.
“Pihak polis kini sedang menjalankan siasatan lanjut bagi mengenal pasti suspek serta mengesan dan menahan pihak yang terlibat.




Komen