Hajiji tiba di Istana untuk istiadat angkat sumpah kabinet baharu
- Editorial
- 1 Dis
- 1 min membaca

KOTA KINABALU - Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor telah hadir ke Istana Seri Kinabalu bagi istiadat angkat sumpah Kabinet Kerajaan Sabah yang baharu pada Isnin.
Kenderaan rasmi jenis Mercedes Benz hitam yang membawa Hajiji dilihat memasuki Istana kira-kira jam 2.17 petang tadi.
Sebelum itu ADUN Membakut, Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif juga telah tiba di istana bagi menghadiri istiadat mengangkta sumpah tersebut.
ADUN Karanaan, Datuk Seri Masidi Manjun turut kelihatan tiba lebih awal ke Istana untuk mengambil bahagian dalam istiadat terbabit.
Turut difahamkan bahawa senarai lengkap anggota barisan Kabinet baharu kerajaan Sabah pimpinan Hajiji dijangka diketahui menjelang lewat petang Isnin





Komen