Harga terkini RON95 kekal RM2.60, RON97 naik enam sen
- kumara885
- 31 Okt
- 1 min membaca

KUALA LUMPUR - Kerajaan pada hari ini mengumumkan harga bahan api petrol bagi RON95 dan RON 97 untuk tempoh tujuh hari akan datang .
Sehubungan itu, berdasarkan penyelarasan peruncitan terkini, harga runcit RON95 tanpa subsidi kekal pada paras RM2.60 seliter, manakala RON97 dinaikan enam sen menjadi RM3.20 seliter bagi tempoh 30 Oktober hingga 5 November ini.
Kementerian Kewangan (MOF) dalam kenyataan pada Rabu memaklumkan bahawa bagi tempoh sama, harga runcit diesel di Semenanjung Malaysia turut naik sebanyak enam sen kepada RM2.95 seliter.
Manakala di Sabah, Sarawak dan Labuan kekal harga diesel kekal pada paras RM2.15 seliter.
"Selain itu, harga runcit petrol bersubsidi RON 95 dibawah Budi Madani RON95 (BUDI95) kekal pada RM1.99 seliter.
"Penetapan harga itu berdasarkan harga runcit produk petroleum secara mingguan menggunakan formula Mekanisme Harga Automatik," ujarnya.
MOF juga memaklumkan bahawa kerajaan akan terus memantau trend harga minyak mentah dunia dan mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara.





Komen