- kumara885
- 1 hari lalu
- 1 min membaca

ibu bapa kepada kanak-kanak lelaki cedera dikelar di leher ditahan polis bantu siasatan lanjut.
BATU PAHAT – Polis telah membuat tangkapan ke atas suami isteri yang merupakan Ibu bapa kepada kanak-kanak lelaki yang tercedera di leher selepas dipercayai dikelar dengan senjata tajam pagi Isnin.
Pasangan itu ditahan polis pada jam pukul 4 petang semalam di pekarangan Ibu Pejabat Daerah (IPD) Batu Pahat bagi membantu siasatan lanjut dalam kes tersebut.
Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Shahrulanuar Mushaddat Abdullah Sani sambil mengesahkan penahanan itu berkata, kedua-duanya yang berusia 41 tahun ditahan bagi membantu siasatan yang dijalankan di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kecederaan parah.
“Kita turut siasat kes ini mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 iaitu kesalahan membabitkan penganiayaan, pengabaian dan pembuangan atau pendedahan kanak-kanak. Ibu bapa kanak-kanak terbabit akan dibawa ke Mahkamah Batu Pahat esok untuk permohonan reman,” katanya dalam satu kenyataan di sini.
Terdahulu, Shahrulanuar berkata, keadaan mangsa yang sedang menerima rawatan rapi di Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI) di sini dilaporkan stabil.
"Kanak-kanak itu sudah boleh bercakap dan pihak polis akan melengkapkan siasatan untuk diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya bagi mengambil tindakan selanjutnya," tegas beliau.





Komen